Announcement: Mindasys is now Skillet! Check out our new website.

4 Sebab Kenapa Photoshop Wajib Dalam Bisnes

Photoshop telah berusia 30 tahun. Dalam tahun 90an, perisian ini mula digunakan oleh pereka dan syarikat pengiklanan di seluruh dunia. Semenjak dunia perniagaan berpindah ke atas talian (online), ia menjadi alat atau perisian wajib ada dalam semua jenis perniagaan. 

 

Hari ini, Photoshop digunakan di mana-mana sahaja yang menjadi keperluan harian kepada semua jenis perniagaan. Mempunyai kemahiran menggunakan Photoshop adalah antara ciri yang penting untuk majikan mencari pekerja. 

 

Kebolehan untuk memanipulasi gambar sangat penting kepada pereka (designer), pemaju (developer), penerbit (publisher), pengiklan (advertiser) penerbit (publisher), pemusik dan semua jenis pekerjaan yang mana maklumat perlu disampaikan secara berkesan. 

 

Oleh itu sangat penting, sebagai pengurus bisnes atau organisasi, pemilik bisnes, usahawan, peniaga kecil atau peniaga dari rumah, mari kita lihat 4 cara bagaimana Photoshop boleh memajukan perniagaan anda. 

 

Hasil kerja kreatif menggunakan Adobe Photoshop untuk bahan pemasaran digital. Disampaikan kepada bakal pelanggan melalui e-mel

 

Photoshop mengurangkan kos pemasaran

Pemasaran umpama jantung manusia dalam kehidupan. Oleh itu, setiap perniagaan wajib melakukan aktiviti pemasaran. Banyak syarikat atau organisasi menggunakan perkhidmatan agensi pemasaran untuk melakukannya. 

Menghantar kaki-tangan syarikat atau organisasi menghadiri kursus photoshop boleh meningkatkan keberkesanan pemasaran syarikat. Yang lebih penting lagi boleh mengurangkan kos pemasaran syarikat.

 

Syarikat besar atau kecil mampu menggunkan media sosial untuk aktiviti pemasaran kerana kos sangat rendah. Bahan kreatif yang menarik membantu anda membuat pemasaran berkesan

 

Menambah baik kandungan media sosial

Pemasaran melalui media sosial menjadi aktiviti yang sangat penting kepada semua syarikat atau organisasi. Belum pernah berlaku sebelum ini aktiviti sosial boleh menjadi sebahagian pemasaran yang sangat penting seperti sekarang ini. 

 

Jika syarikat atau produk anda tidak melakukan aktiviti pemasaran dengan berkesan di social media, anda boleh kehilangan perniagaan atau pesaing akan mendahului anda. 

 

Hantaran anda boleh menarik perhatian ramai di laman sosial media bila gambar di edit atau manipulasi menggunakan Photoshop

 

Gambar memainkan peranan yang sangat penting untuk menarik perhatian pengguna atau bakal pelanggan di media sosial. Gambar yang berkualiti tinggi, yang diedit, bersama dengan dengan teks pendek adalah lebih berkesan dalam menyampai mesej perniagaan. 

 

Kemahiran asas menggunakan Photoshop yang boleh didapati melalui kursus ringkas Adobe Photoshop Essentials adalah mencukupi untuk mengeluarkan bahan pemasaran dan media social. 

 

Untuk menghasilkan kerja bahan pemasaran berkualiti tinggi, boleh dipelajari dengan menghadiri kelas Adobe Photoshop Advanced. 

 

Photoshop menambah daya tarikan kepada dokumen anda

Komunikasi yang berkesan sangat penting kepada perniagaan anda. Dokumen yang mengandungi teks sahaja biasanya tidak boleh atau gagal menarik perhatian ramai orang. 

 

Sebaliknya, dokumen yang mengandungi gambar yang menarik boleh menyebabkan, ramai orang memberi perhatian dan berminat mahu mendapatkan mesej yang ingat anda ingin sampaikan. 

 

Untuk dokumen yang dicetak atau diatas talian seperti laman web, Photoshop membantu anda menghasilkan kerja yang luar biasa.

 

Dokumen yang berkualiti tinggi dengan gambar dan teks pemasaran yang berkesan boleh mewujudkan keinginan orang ramai atau bakal pelanggan membeli produk atau perkhidmatan yang syarikat anda tawarkan. 

 

Photoshop menjadikan produk anda sangat menarik

Gambar adalah raja bukan sahaja di media sosial tetapi adalah keperluan asas yang mesti ada jika anda menjual produk di atas talian (online). Gambar semakin tinggi kualiti dan menarik gambar anda, semakin tinggi perhatian orang ramai akan berikan. 

 

Mengambil gambar menggunakan handphone adalah memadai, walau bagaimanapun, dengan kemahiran photoshop, gambar anda boleh diedit menjadi lebih menarik dan menjadikan hasil kerja kreatif anda lebih berkualiti. 

 

Sebagai kesimpulan, Photoshop adalah alat atau perisian setiap perniagaan mesti gunakan. Di dalam dunia perniagaan digital yang mana gambar memainkan peranan utama, belajar dan menguasai Photoshop adalah kunci ke arah kejayaan perniagaan anda. 

Anda boleh belajar Adobe Photoshop Essentials walaupun anda tidak mempunyai pengalaman menggunakan perisian ini.  Walau bagaimanapun, jika ada sudah memiliki asas dan mahu menghasilkan hasil kerja berkualiti yang lebih  tinggi, anda boleh mengikuti kursus Adobe Photoshop Advanced.

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp