Announcement: Mindasys is currently going through a re-branding process. We will soon be known as Skillet.

5 Sebab Mengapa Syarikat Beralih Kepada Pasukan Agile

Walaupun metodologi pasukan Agile banyak dikaitkan dengan projek pembangunan perisian, kaedah pengurusan projek bukan linear ini telah banyak diguna pakai dalam industri lain semenjak sepanjang dekad yang lalu. 

 

Teknik ini lebih fleksibel dan pantas daripada kaedah tradisional yang linear.  Proses Agile yang memecahkan projek besar yang akan mengambil masa berbulan-bulan untuk diselesaikan kepada tugas-tugas tertentu yang kecil, kemudiannya diselesaikan dalam tempoh “pecut” yang lebih pendek (biasanya 1-2 minggu). 

 

Walaupun projek mungkin mengambil masa yang sama untuk disiapkan, keadah kerja dilakukan secara berbeza, dengan ahli pasukan yang saling berkaitan, bekerja serentak pada pelbagai tugas dan bukannya bekerja secara berurutan dalam jangka masa yang panjang.

 

Terdapat beberapa sebab mengapa organisasi menggunakan pasukan Agile. Berikut adalah 5 yang paling utama:

 

Meningkatkan Produktiviti

Antara ciri pasukan Agile yang paling banyak disebut adalah keupayaan mereka untuk menyelesaikan kerja dengan lebih cekap. 

 

Menurut satu kajian yang terdiri daripada 8,000 projek, pasukan Agile adalah 25%  lebih produktif berbanding dengan pasukan pengurusan tradisional. Pasukan Agile berkerja dengan mengubah struktur aliran kerja projek tidak seperti kaedah tradisi. 

 

Ia membahagikan projek besar kepada tugas yang lebih kecil dan memperuntukkan tempoh penyerahan tugasan pada tarikh yang lebih pendek dan kerap.  Pendekatan Agile ini untuk memastikan pasukan terus berusaha ke arah matlamat utama dan bukannya menangguhkannya sehingga tenpoh akhir dalam kitaran projek. 

 

Hasil kerja pasukan Agile lebih konsisten dalam setiap tempoh pecut 1-2 minggu. Manakala dalam struktur pasukan tradisional sering melihat beban kerja meningkat dari semasa ke semasa bila mengambil kira kerja yang tidak disiapkan dari tarikh siap yang masih jauh.

 

Meningkatkan Akauntabiliti

Pasukan Agile sentiasa menyemak kemajuan kerja mereka melalui mesyuarat harian (secara berdiri) dan jadual pecut mingguan.

 

Fasilitator menjelaskan siapa yang bertanggungjawab untuk tugasan yang bergantung kepada orang lain. Apabila ada ahli pasukan mengahadapi kesukaran dan tidak  boleh menyiapkan tugasan, seluruh pasukan mengetahui masalah tersebut dengan segera. 

 

Jika seseorang secara konsisten tidak dapat menyelesaikan tugas mereka, aliran kerja boleh dikenal pasti bagi membetulkan situasi seperti ini. Memandangkan pasukan Agile boleh menyelesaikan tugas dalam tempoh yang singkat, terdapat kurang masalah berkaitan akauntabiliti. 

 

Tahap ketelusan yang tinggi ini akan memudahkan komunikasi yang lebih baik dan membantu pasukan mencapai matlamat projek dengan berkesan. 

 

Meningkatkan Kerjasama

Antara ciri-ciri pasukan Agile yang tipikal ialah memberi penekanan kepada komunikasi. Mesyuarat harian secara berdiri membolehkan ahli pasukan berkongsi maklumat tentang objektif dan halangan jangka pendek.  Mesyuarat perancangan, lebih panjang untuk membincangkan keberkesanan pasukan ke arah matlamat jangka panjangnya. 

 

Komunikasi yang lebih baik membolehkan kerjasama yang lebih berkesan. Semua orang dimaklumkan tentang cabaran ahli pasukan. Setiap ahli berada dalam kedudukan sedia untuk membantu antara sama lain menyelesaikan masalah. 

 

Memandangkan tugas dipecahkan kepada komponen yang lebih kecil, ahli pasukan selalunya perlu bekerjasama rapat antara satu sama lain untuk memastikan tugasan disiapkan dengan betul. Interaksi yang berkesan antara ahli pasukan boleh membantu membina kepercayaan diantara ahli dari masa ke semasa. Ini merupakan salah satu keperluan utama untuk kerjasama yang berkesan.

 

Mengurus Mengikut Peralihan Keutamaan

Dalam ekonomi yang bergerak pantas hari ini, organisasi dalam semua industri menghadapi permintaan yang berubah dengan pantas daripada pelanggan, rakan kongsi dan pelanggan. 

 

Pasukan kadangkala perlu menukar fokus mereka dengan cepat, menyesuaikan strategi mereka untuk mencapai set matlamat baharu. Bagi pasukan tradisional, ini boleh menjadi tugasan yang sukar dilaksanakan. 

 

Jika pasukan telah menjalankan projek selama beberapa bulan, hanya meninggalkan kerja itu boleh membuatkan orang berasa seperti masa mereka telah terbuang dan menyebabkan mereka memikirkan semula cara mereka menangani tugasan baharu mereka. Tetapi pasukan Agile sentiasa mengalami perubahan. Setiap sprint membawa bersamanya satu set tugasan yang berbeza; mereka hanya bergerak ke tugasan seterusnya. Ini memudahkan pasukan Agile menyesuaikan diri dengan perubahan dan menampung keutamaan yang sentiasa berubah dalam organisasi.

 

Mendapat Maklum Balas dengan Pantas

Di dalam pasukan Agile, ia adalah semua berkaitan tentang penghantaran. Setiap tugas aliran kerja dikaitkan dengan penghantaran tertentu, yang bukan sahaja memudahkan untuk menjejak kemajuan ke arah matlamat, tetapi juga memudahkan untuk menilai kualiti kerja dalam proses. 

 

Daripada menunggu sehingga projek hampir siap untuk mendapatkan maklum balas, ahli pasukan yang Agile boleh mendapat maklum balas hampir serta-merta tentang kerja mereka daripada rakan se pasukan. 

 

Ini membolehkan mereka membuat pelarasan dan meningkatkan kualiti daripada menggunakan proses semakan yang menyusahkan yang boleh mengambil masa berbulan-bulan untuk mengumpulkan data yang mencukupi sebelum membuat penilaian. 

 

Dengan cepat mengenal pasti kejayaan dan bidang yang membimbangkan, ahli pasukan boleh menangani masalah sebelum ia mengancam keberkesanan pasukan. Menggabungkan maklum balas pantas membolehkan mereka membuat penambahbaikan dan memberikan hasil keseluruhan yang lebih baik.

 

Pasukan Agile telah mengubah cara banyak organisasi mengurus projek mereka. Semakin banyak syarikat di luar industri pembangunan perisian menggunakan metodologi Agile ke dalam organisasi mereka. Pekerja menghargai kerja dalam persekitaran yang menekankan kepada komunikasi, akauntabiliti dan kerjasama. 

 

Hasil kerja yang lebih produktif oleh pasukan Agile telah menarik banyak organisasi untuk membentuk pasukan Agile bagi menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi, dengan lebih cepat dan  cekap.

 

Ketahui Agile, sila lawat –  PMP Training

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
× WhatsApp Us