Kejayaan dalam era digital memerlukan anda berkomunikasi dengan cara visual yang jelas dan dinamik, sama ada untuk memberi maklumat, meyakinkan orang ramai, menghiburkan atau memberi inspirasi.
Seorang Profesional Bertauliah Adobe (Adobe Certified Professional) boleh melakukannya dengan menggunakan alat kreatif yang paling berkuasa di dunia, iaitu Adobe Creative. Kelayakan ini diiktiraf industri yang menunjukkan penguasaan anda dalam produk Adobe Creative serta skills untuk berkerjaya dalam media digital.
Peperiksaan disediakan oleh pakar dan disepadukan dengan program Adobe, membuat penilaian yang tepat tentang kemahiran bekerja menggunakan perisian Adobe.
Pencipta
Creative Cloud adalah piawaian industri dalam disiplin media digital dan reka bentuk. Dengan menguasai creative cloud anda akan lebih mudah merealisasikan idea, meningkatkan kreativiti dan produktivit dengan produk Adobe.
Majikan dan pelanggan memerlukan Adobe Certified Professional yang bukan sahaja mempunyai kemahiran artistik tetapi juga pengetahuan teknikal yang bermotivasi untuk menlaksanakan sesuatu tugasan dengan betul.
Majikan
Dalam era digital, kunci untuk memenangi hati dan minda pelanggan adalah dengan kandungan yang menarik perhatian serta pengalaman pada skrin komputer atau telefon.
Adobe Certified Professional memudahkan majikan mengenal pasti pencipta yang mahir dalam perisian kreatif. Mereka bersedia untuk menghasilkan kerja berkualiti yang membezakan sesebuah organisasi.
Pendidik (Educators)
Adobe Certified Professional amat berguna dalam bilik kelas. Pendidik boleh menggalakkan kreativiti pelajar lantas meningkatkan kebolehpasaran pelajar selepas tamat alam persekolahan.
Ini boleh menyediakan pelajar untuk memenuhi keperluan pasaran pekerjaan di dunia sebenar. Kurikulum yang relevan dengan perniagaan, serta berguna untuk menilai pembelajaran. Pendidik boleh melihat peningkatan dalam keyakinan dan tumpuan murid apabila mereka boleh menguasai peralatan kreativiti ini.
Pentadbir
Dengan memasukkan perisian dan pensijilan standard industri ke dalam kurikulum, anda boleh membantu pelajar merapatkan jurang antara pembelajaran bilik darjah dan kejayaan kerjaya.
Adobe Certified Professional menyediakan universiti dengan piawaian yang ketat dan hasil yang boleh diukur yang mereka perlukan untuk mencipta program media digital yang sangat berkesan yang membantu kejayaan pelajar.