Banyak software yang anda boleh guna untuk menghasilkan kerja grafik. Antara yang paling popular ialah Adobe Illustrator. Perisian ini berkebolehan tinggi memanipulasi grafik vektor.
Ia merupakan editor yang mana anda boleh mencipta atau mengedit imej grafik vektor. Anda boleh mencipta reka bentuk dalam saiz file yang kecil yang mana boleh dicetak dengan kualiti tinggi.
Adobe Illustrator ialah program fleksibel yang mampu memberikan output berkualiti tinggi. Mencipta dan mengedit objek adalah mudah dengan Illustrator. Ia sangat sesuai untuk pereka grafik. Banyak lagi perkara kelebihan Adobe Illustrator. Mari kita ketahui sebab mengapa anda perlu mempelajari Adobe Illustrator.
1. Berkreatif secara bebas
Dengan Adobe Illustrator, anda bebas untuk mencipta reka bentuk. Anda boleh menyampaikan idea anda dalam apa jua cara yang anda mahukan kerana anda akan boleh bermula dari awal. Anda boleh mencipta apa sahaja yang anda ingin buat dengan alatan dalam Illustrator. Yang pasti, apa sahaja reka bentuk yang anda ingin lakukan, anda akan dapat yang terbaik.
2. Mencipta logo
Adobe Illustrator paling popular digunakan untuk mencipta logo. Menggunakan alat pen, anda boleh membuat pelbagai bentuk untuk logo anda. Logo anda juga tidak mempunyai latar belakang bagi memudahkan anda menggunakannya di mana-mana sahaja yang anda mahukan. Anda juga boleh memilih pelbagai warna untuk logo anda.
3. Melukis objek
Anda boleh melukis objek dengan realistik dengan menggunakan Adobe Illustrator. Menggunakan gradient tool dan mesh tool, anda boleh menghasilkan lukisan yang kelihatan seperti nyata. Alat ini membantu anda mendapatkan permukaan yang licin dengan bayang yang cantik. Anda juga boleh menunjukan perincian dalam lukisan menjadikan hasil kerja anda sangat sangat menarik.
4. Melukis kartun
Watak kartun untuk maskot, penjenamaan atau apa saja tujuan boleh dilukis menggunakan Adobe Illustrator. Gunakan pen dan sharing untuk gradient untuk mencipta kartun yang menarik. Jika perlu, anda boleh buat editing dengan mudah dengan menggunakan Adobe Illustrator.
5. Melukis ikon
Dengan sistem grid dalam Adobe Illustrator, anda boleh melukis ikon dengan mudah menggunakan pelbagai bentuk contoh seperti bulatan, empat segi sama, empat segi dua sama dlll. Sangat mudah untuk diwarnakan dan disusun dengan menggunakan alat yang ada dalam Illustrator.
6. Melukis peta
Anda boleh melukis peta menggunakan alat garisan dan pen untuk melukis garisan dan bentuk. Ada orang agak sukar gunakan pen pada peringkat awal, melalui latihan, anda boleh boleh melukis peta dengan mudah.
7. Melukis info grafik
Info grafik untuk menunjukan statistik banyak digunakan di laman web, majalah, akhbar, poster dsb. Anda boleh membuat graf dab carta pai dengan hanya memasukan angka.
8. Membuat semula saiz dengan kualiti yang baik
Apabila anda membuat vektor, anda boleh mengubah saiznya dan skalakan semula tanpa kehilangan kualiti gambar. Gambar tidak diherotkan dan butirannya masih jelas. Tidak kira berapa besar anda membuatnya, ia akan tetap mempunyai resolusi yang baik. Tidak perlu risau tentang piksel kerana ia adalah grafik vektor