Announcement: Mindasys is now Skillet! Check out our new website.

Pensijilan CompTIA A+ Tahun 2021?

Keputusan untuk memiliki pensijilan profesional dalam bidang IT tidak mudah. Oleh itu, sebelum buat keputusan, adalah sangat penting untuk kenal pasti apa yang anda mahu belajar dan matlamat kerjaya IT anda. 

 

Anda mungkin bertanya berapa bergunakah sijil CompTIA A+? Jika anda fikir atau rancang untuk masuk ke dalam industri IT, CompTIA A+ adalah pilihan terbaik. Ini kerana, CompTIA A+ seperti asas kepada sebuah bangunan. Tanpa asas tidak akan ada bangunan. 

 

CompTIA A+ ialah standard piawaian industri untuk membuktikan anda mempunyai asas ilmu pengetahuan tentang IT untuk memulakan kerjaya. Seperti yang kita ketahui, kerjaya dalam IT terus berkembang dalam tahun 2021.  

 

Dalam keadaan situasi pandemic 19 sekarang, banyak syarikat mengurangkan bajet dengan mengecilkan bilangan pekerja. Walau bagaimanapun, ramai pekerja dalam bidang IT terus dikekalkan,  bahkan dalam kes tertentu, pekerja ditambah. 

 

Menurut Dice Tech Salary Report 2021, banyak syarikat terus meningkatkan sumber dalam teknologi. Beberapa syarikat gergasi seperti Amazon, Twitter, JPMorgan Chase terus mencari pekerja IT yang memiliki pelbagai kebolehan dan kemahiran.

 

Sudah menjadi kebiasan, setiap pekerja dalam bidang IT bercita-cita menjadi pekerja mahir seperti memasuki bidang seperti cybersecurity, pengkomputeran awan (cloud computing) atau membangun perisian (software development). 

 

Setiap orang perlu bermula dari bawah. Untuk memulakan kerjaya dalam IT, pensijilan CompTIA A+ sangat berharga. 

 

CompTIA A+ boleh menjamin peluang pekerjaan?  

Ramai yang bertanya, bolehkah mereka mendapat pekerjaan bila sudah memiliki sijil CompTIA A+

 

Secara amnya, banyak faktor yang majikan timbangkan sebelum mengambil pekerja diantaranya ialah pengalaman. Walau bagaimanapun, jika dilihat dari iklan jawatan kosong yang berkaitan pekerja sokongan IT (IT Support), banyak majikan mencari pekerja yang memiliki sijil CompTIA A+ 

 

Dalam sesi temuduga, tentulah pemilik sijil CompTIA A+ memiliki kelebihan berbanding dengan peserta lain yang tidak memiliki CompTIA A+

 

Antara sebab sijil CompTIA A+ dipercayai kerana silibus peperiksaan mengesahkan asas pengetahuan anda melalui soalan yang berasaskan prestasi. Ini bermakna, anda akan ditanya soalan berkaitan senario sebenar dalam persekitaran pekerjaan.   

 

Dengan kata lain, untuk mendapat sijil CompTIA A+, anda seolah-olah perlu melaksanakan tugasan dan bukan sahaja menjawab soalan untuk menguji pengetahuan anda. 

 

Berapa kos untuk mendapat sijil CompTIA A+

Teras (core) CompTIA A+ memerlukan calon menduduki dan lulus dua core peperiksaan. Core 1 (220-1001) dan Core 2 (220-1002)

 

Core 1 merangkumi pengetahuan tentang peranti mudah alih (mobile devices), teknologi rangkaian (networking technology), perkakasan (hardware), virtualization and cloud computing dan network troubleshooting. 

 

Core 2 merangkumi pengetahuan tentang memasang dan mengkonfigurasi sistem operasi (installing and configuring operating systems) keselamatan (security), selesaikan masalah perisian (software troubleshooting) dan prosedur operasi (operation procedures). 

 

Boucher peperiksaan boleh dibeli dari pusat peperiksaan. Harga setiap setiap core voucher $232 Selepas beli, anda boleh susun jadual untuk melaksanakan peperiksaan.

 

Memiliki sijil CompTIA A+ umpama satu pelaburan. Anda akan mendapat pulangan setelah anda memperoleh pekerjaan dan mencapai cita-cita anda dalam kerja bidang IT. 

 

Jika matlamat anda mahu mula berkerja dalam bidang IT – CompTIA A+ adalah untuk anda.

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp