Pekerja IT yang memiliki pensijilan profesional CompTIA A+ terbukti sebagai penyelesai masalah IT dalam sebuah organisasi. Mereka menjadi kumpulan pekerja yang menyokong penggunaan teknologi dari keselamatan, komputer maya, pengurusan data dan banyak lagi.
Pensijilan CompTIA A+ menjadi piawaian industri, sebagai asas untuk anda memulakan kerjaya dalam pekerjaan bidang IT.
- Pentauliahan yang berasaskan prestasi ini sebagai bukti, anda sebagai pekerja IT yang boleh melaksanakan tugas kritikal dalam memberi sokongan kepada keperluan IT organisasi
- Dipercayai oleh majikan di seluruh dunia untuk mengenal pasti pekerja yang berkebolehan membuat pengurusan dan sokongan kepada keperluan IT
- Sentiasa dikemaskini oleh pakar IT bagi mengesahkan pensijilan memenuhi keperluan kemahiran dan kebolehan melaksanakan tugasan di tempat kerja.
Pensijilan CompTIA A+ memerlukan anda lulus 2 peperiksaan: Core 1 (200-1001) dan Core 2 (220-1002). Kandungan pembelajaran termasuk:
- Menunjukan kebolehan asas dalam sebagai pekerja IT profesional dalam kemahiran berkaitan keselamatan
- Mengkonfigurasi sistem operasi peranti termasuk Windows, Mac, Linux, Chrome OS, Android dan iOS dan mentadbir keperluan pelanggan termasuk menguruskan perisian maya (Saas)
- Mengenal pasti dan selesaikan masalah berkaitan perkhidmatan IT asas melalui amalan terbaik dokumentasi
- Menyokong infrastruktur IT asas dan rangkaian
- Mengkonfigurasi and menyokong PC, peranti mobil dan IoT
- Melaksanakan tugasan kemaskini data, dan pemulihan data dan dengan amalan penyimpanan data terbaik.
Kemahiran yang anda akan dapat dengan pentauliahan CompTIA A+
Perkakasan (Hardware)
Mengenalpasti, menggunakan dan menyambung perkakasan dan peranti
Sistem Operasi (Operating System)
Memasang dan menyokong Windows OS kepada pengguna IT dalam organisasi atau membantu pelanggan. Memahami Mac Os, Linux dan OS peranti mudah alih.
Menyelesaikan Masalah Perisian (Software Troubleshooting)
Menyelesaikan masalah PC dan peranti mudah alih termasuk isu berkaitan keselamatan
Rangkaian (Networking)
Menerangkan jenis-jenis rangkaian dan sambungan termasuk TCP/IP, WIFI dan SOHO
Selesaikan Masalah Perkakasan dan Rangkaian
Menyelesaikan masalah atau isu berkaitan perkakasan dan rangkaian
Keselamatan (Security)
Mengenal pasti dan melindungi dari sebarang ancaman keselamatan kepada peranti dan rangkaian
Peranti Mudah Alih (Mobile Devices)
Memasang dan mengkonfigurasi komputer riba dan pelbagai peranti mudah alih