Memiliki sijil profesional boleh menjadi titik tolak kepada kemajuan kerjaya anda dalam bidang IT. Membuka peluang anda menjadi pakar dalam bidang IT dan dalam masa yang sama meningkatkan gaji anda.
Pekerja dalam bidang IT memang sudah diketahui sebagai kelompok pekerja yang bergaji tinggi walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan. Mengikut kajian The Dice 2021 Tech Salary Report, kajian di US, kenaikan gaji pekerja IT mengikat 3.6% antara tahun 2019 dan 2020.
Ramai pekerja IT yang mempunyai skill tinggi diperlukan oleh perusahaan atau syarikat walaupun di dalam situasi pandemic covid-19 seperti sekarang ini. Dengan adanya skil disertai oleh sijil profesional dan pengalaman, peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan menanti anda.
Menurut laporan The Dice tech Salary, pensijilan CompTIA, menduduki carta 20 teratas menerima gaji tinggi mengikut pensijilan profesional. Pensijilan profesional boleh membantu pekerja IT mendapat gaji yang lebih tinggi daripada mereka tidak memilikinya walaupun mereka mempunyai kelulusan akedemik yang sama.
CompTIA A+, CompTIA Security+ dan CompTIA Network+ membuka peluang pekerjaan bergaji tinggi
Pensijilan terbukti membantu pekerja IT memperolehi skil yang diperlukan dalam melaksanakan kerja di pejabat atau maupun di lapangan. Pensijilan CompTIA yang ada di pasaran berkaitan khidmat sokongan (tech support), jaringan (networking) dan keselamatan cyber (cybersecurity).
CompTIA A+, CompTIA Network+ dan CompTIA Security+ adalah pensijilan asas kepada pensijilan IT. Kepada pekerja IT yang memiliki pensijilan ini memberikan kemahiran untuk bekerja pada masa ini dan berjaya di masa akan datang.
CompTIA A+ adalah standard dalam industri untuk anda memulakan kerjaya IT.
Pensijilan ini membantu anda:
- Menyelesaikan masalah asas dalam perkhidmatan IT
- Mengkonfigurasi dan menyokong peranti dan sistem operasi
- Memberi sokongan kepada asas infrastruktur IT dan rangkaian
- Memiliki skil asas sebagai pekerja sokongan IT
- Mentadbir perisian pelanggan termasuk perisian di cloud
- Melaksanakan asas “backup” dan pemulihan (recovery) data.
CompTIA A+ menjadi bukti yang anda memiliki kemahiran yang diperlukan untuk diterima sebagai pekerja IT. Ini adalah langkah pertama anda untuk melangkah lebih jauh dari kerjaya dalam IT.
Dengan pensijilan ini, anda boleh menjadi help desk technician yang mana akan menjadi batu loncatan ke arah kerja IT yang berkemahiran tinggi.
Tugasan Help desk technician menyelesaikan isu teknikal dan berkerja dengan ramai kakitangan. Biasanya, memberi sokongan teknikal dari jauh melalui telefon, back up dan restore files data dan membaiki peranti.
Ini ada titik permulaan kepada banyak peluang dalam kerjaya IT.
CompTIA Network+ membantu anda membina kemahiran asas yang kuat dalam rangkaian dan infrastruktur IT. Ia meliputi kemahiran tugasan berkaitan pekerja IT seperti sistem analisis.
Pensijilan profesional ini membantu anda:
- Mereka cipta, melaksana dan menyelesaikan masalah dalam rangkaian
- Mengkonfigurasi, mengurus dan menten peranti dalam rangkaian
- Menggunakan peranti seperti suis dan router untuk membentuk segmen rangkaian aliran trafik dan mencipta rangkaian yang berdaya tahan
- Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan dalam rangkaian yang sedia ada
- Mengamalkan standard keselamatan rangkaian dan protokol
- Menyokong rangkaian maya
Sebagai pekerja mahir IT, Systems analyst akan menilai pelbagai masalah dalam sistem komputer, melaksana dan menambah baik sistem bila perlu.
CompTIA Security+ meliputi asas kemahiran keselamatan siber. Ia menyediakan peluang untuk anda memasuki pasaran pekerjaan dalam bidang keselamatan siber dengan tugasan seperti pentadbir sistem (system administrator).
Pensijilan ini membantu anda:
- Memasang, mengkonfigurasi dan menggunakan komponen rangkaian, kenal pasti dan khidmat akses, pengurusan kawalan dan keselamatan wireless
- Akses dan menyelesaikan masalah kepada isu keselamatan semasa kepada organisasi
- Melaksanakan konsep keselamatan akitek rangkaian, rekabentuk sistem dan infratrstruktur utama
- Mengesan pelbagai jenis ancaman keselamatan
- Memahami konsep “penetration testing” dan “vulnerabliitity scanning concepts”
- Melaksanakan dan mengadakan garis panduan untuk praktis pengurusan risiko dan kesan kepada perniagaan
- Beroperasi dengan menurut undang-undang dan polisi termasuk prinsip pentadbiran, risiko dan pematuhan.
Pekerja IT yang memiliki kemahiran CompTIA Security+ boleh mengisi kekosong di dalam pasaran pekerjaan IT bergaji tinggi, contoh sebagai System Administrator.
Pekerja mahir IT ini sangat penting kepada organisasi. Merekalah yang memastikan akses kepada setiap kakitangan kepada sumber atau aset organisasi.
Tugasan memerlukan kemahiran untuk memasang perisian yang boleh menyokong organisasi untuk memiliki kebolehan mengenal pasti, menganalisis dan bertindak balas kepada perkara berkaitan dengan isu keselamatan atau ancaman.