Announcement: Mindasys is now Skillet! Check out our new website.

Apakah Kelas Maya (Live Virtual Classroom-LVC)

Kelas maya atau LVC adalah kaedah menyampaikan latihan secara langsung oleh tenaga pengajar atau trainer di atas talian. Kelas ini di reka cipta untuk mewujudkan pengalaman belajar sama seperti hadir dalam kelas latihan fizikal atau  bersemuka. 

 

Melalui kelas ini, peserta boleh mengadakan aktiviti seperti perbincangan, kerja berkumpulan, sesi soal jawab dsb. Kaedah ini memboleh pelajar mendapat akses kepada ilmu dan kemahiran sama seperti melalui kelas fizikal.

 

Tiga (3) kelebihan utama kelas maya (LVC) berbanding dengan bilik kelas fizikal termasuk:

Banyak lagi kelebihan lain yang boleh kelas maya berbanding dengan kelas fizikal

 

Beza antara Kelas Maya (LVC) berbanding dengan kelas atas talian yang lain-lain

 

Kelas latihan atas talian (online training) 

Kelas yang telah direkod dan disampaikan melalui video, bahan bertulis, latihan dan lain-lain. Peserta belajar menggunakan bahan latihan mengikut pilihan masa sendiri. Biasanya tiada sokongan dari tenaga pengajar atau pembekal bahan latihan. 

 

Webinars 

Dilaksanakan di mana tenaga pengajar atau trainer menyampaikan latihan secara langsung kepada bilangan peserta yang ramai. Interaksi antara penyampai dengan peserta terhad kepada komunikasi melalui teks. 

 

Pengajian jarak jauh (distance learning) 

Pembelajaran seperti ini membenarkan peserta atau pelajar mengikuti program latihan atau pembelajaran dalam jangka panjang. 

Peserta atau pelajar akan belajar menggunakan kandungan yang telah disediakan, melaksanakan tugasan (assignment), dan menerima maklum balas dari tenaga pengajar. Kaedah ini popular dalam mendapat kelulusan akademi. 

 

Kelas Maya (Live Virtual Class) 

Adalah proses pembelajaran secara interaktif di mana tenaga pengajar akan mengajar secara langsung kepada bilangan peserta yang terhad, disesuaikan mengikut subjek latihan. 

Peserta berpeluang melibatkan diri secara aktif semasa sesi latihan serta menyertai perbincangan secara langsung dengan tenaga pengajar. 

 

Beza kaedah latihan kelas maya (LVC) berbanding dengan kelas fizikal atau bersemuka 

Tenaga pengajar akan menyampaikan bahan pengajaran sama seperti di dalam kelas fizikal. Keberkesanan optimum boleh dicapai melalui interaksi dengan peserta, menggalakkan soal jawab dua hala dan penyampaian melalui video sepenuhnya. 

Untuk mengekalkan konsentrasi dan penyertaan peserta dalam sesi latihan, beberapa teknik ini boleh digunakan: 

  • Membanyakkan bahan berbentuk visual dan nota pendek menerangkan gambar atau gambarajah
  • Sentiasa menukar bentuk penyampaian dalam bentuk syarahan, perbincangan, latihan dan menambah waktu rehat. 

Beberapa kelebihan kaedah penyampaian dalam kelas maya diantaranya, peserta mengikuti kursus ini menggunakan perkakas mereka sendiri. Ini membolehkan peserta menggunakan tools yang ada dalam perisian bersama-sama semasa latihan sedang berjalan seperti interactive boards, whiteboards dan perisian tertentu. 

Ini tidak boleh dilaksanakan di dalam kelas fizikal yang menggunakan laptop dan flipchart atau whiteboard untuk tenaga pengajar sahaja. 

 

Pengalaman belajar melalui kelas maya (LVC) berbanding dengan kelas fizikal

Kami banyak menerima komentar peserta menyatakan kejutan bagaimana kelas maya begitu menarik dan interaktif. Mereka gembira kerana latihan melalui kelas maya boleh menggantikan kelas fizikal. Secara keseluruhannya, maklum balas sangat positif. 

 

Bagaiman melaksanakan kelas maya (LVC)

Semua peserta perlu masuk ke platform yang sama contohnya, Zoom, Microsoft Team, Webex dan lain-lain. Disini, peserta akan dapat menggunakan aplikasi video, audio, berkongsi skin (screen-sharing) dan papan putih interaktif (interactive whiteboard). 

Tenaga pengajar akan menyampai kandungan bahan latihan sama seperti latihan kelas fizikal bersemuka.  Ada beberapa cara dan tempat peserta boleh turut serta dalam latihan ini:

 

Individu dari lokasi berbeza

Tenaga pengajar dan setiap peserta menyertai latihan dalam platform yang telah ditentukan menggunakan perkakasan sendiri seperti komputer, headset dan webcam dari tempat sendiri. 

Untuk menyertai latihan ini, peserta mestilah mempunyai sambungan internet yang stabil. 

 

Berkumpulan di lokasi sendiri

Peserta berkumpul dalam tempat yang sama contohnya di dalam bilik mesyuarat di pejabat masing-masing. Majikan menyediakan perkakasan untuk latihan kepada peserta mereka. Tenaga pengajar akan melaksanakan latihan secara tayangan langsung dari studio. 

Setiap lokasi boleh disertai oleh lebih dari satu kumpulan peserta.  

 

Campuran Individu dan kumpulan

Kaedah ini boleh juga dilaksanakan. Ini memberi peluang lebih besar kepada peserta berkumpulan dan individu untuk mengikuti latihan.

 

Apa jenis kursus melalui kelas maya (LVC)

Secara umum, kesemua latihan boleh disampaikan melalui kelas maya (LVC). Kecuali, kelas yang yang dinyatakan dengan jelas secara teknikal tidak boleh dilaksanakan kerana latihan praktikal yang perlu dilaksanakan di dalam kelas fizikal. 

Selaras dengan perkembangan dan permintaan kelas maya yang meningkat, banyak penyedia latihan telah menyediakan platform dengan menawarkan pelbagai kursus untuk keselesaan dan keberkesanan proses pembelajaran. 

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp