Announcement: Mindasys is now Skillet! Check out our new website.

6 Kelebihan Latihan Kelas Maya (Live Virtual Class Training)

Semasa permulaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal tahun 2020, banyak organisasi mula menggunakan perisian virtual meeting untuk terus melaksanakan aktiviti perniagaan. Kemudian diikuti oleh institusi pelajaran tinggi dan seterusnya semua peringkat sekolah. 

 

Bagi penyedia latihan pula, ramai yang mula bertukar kaedah latihan dari bersemuka di dalam kelas kepada latihan secara kelas maya. Semenjak mula pelaksanaan PKP pada Mac 2020 tersebut,  penyedia latihan mula memperkenalkan kelas maya kepada pasaran korporat dan jabatan kerajaan. 

 

thevirtualknowledge.com menyediakan platform keadah normal baru memberi manafaat kepada pelanggan dan trainer

 

Kaedah pembelajaran melalui kelas maya semakin mendapat perhatian organisasi korporat apabila kaedah latihan ini telah mendapat pengiktirafan oleh HRDF (Human Resource Development Fund). Skim latihan yang menyokong pembelajaran melalui kelas maya telah menyebabkan ramai majikan yang mahu melaksanakan latihan melalui kelas maya. 

 

Pada tahun 2021, kelebihan kelas maya semakin diterima oleh pasaran lantas jumlah permintaan kelas maya terus meningkat. Secara ringkas, kelas maya adalah pilihan terbaik untuk belajar dalam tempoh pendamik covid-19 bahkan sangat baik juga untuk masa akan datang. 

 

6 kelebihan latihan kelas maya (live virtual class training)

Berikut adalah kelebihan kelas maya berbanding dengan kelas bersemuka.

 

Meningkatkan penglibatan setiap peserta

Bagi pelajar yang pemalu atau kurang selesa bila bersama ramai peserta lain di dalam kelas biasa, mereka akan lebih selesa bila berada dalam kelas maya. Mereka tidak ada rasa kegelisahan contohnya bila mengangkat tangan untuk bertanya. 

 

Memperbaiki kebolehcapaian pembelajaran

Kelas maya boleh disertai oleh semua pekerja dari semua lokasi. Mereka cuma perlu memiliki komputer dan sambungan internet. Sekatan pergerakan perjalanan atau sekatan merentas negeri tidak menjadi halangan untuk mereka belajar. 

 

Membina komuniti 

Pembelajaran kelas maya akan menjadi berkesan melalui komuniti sebelum, semasa dan selepas kelas dijalankan. Untuk melaksanakan kelas maya, peserta berpeluang menyertai komuniti maya seperti di platform Whatsapp, Telegram, Facebook dan sebagainya. 

 

Disini mereka akan berkongsi minat pada subjek yang sama lantas membuka ruang untuk mereka belajar dari satu sama lain atau membincangkan idea-idea yang berkaitan dengan subjek yang mereka pelajari. 

 

Jimat kos

Peserta tidak memerlukan kos untuk perbelanjaan perjalanan dari tempat kerja atau rumah ke lokasi latihan. Majikan juga tidak perlu menanggung kos penginapan bagi pekerja yang memerlukan tempat tinggal semasa latihan dilaksanakan. 

 

Kesemua kelas maya, yuran latihan lebih murah berbanding dengan kelas bersemuka bagi kursus yang sama. 

 

Lebih selesa

Peserta akan mengikuti latihan sama ada dari rumah atau pejabat. Mereka tidak perlu memandu ke tempat latihan atau berjauhan dengan keluarga untuk menghadiri program latihan. 

 

Peserta menghadir kelas ini dari lokasi yang sudah mereka biasa ini menjadikan mereka akan lebih selesa untuk hadir latihan di kelas maya. 

 

Jadual latihan yang lebih anjal (flexible)

Penyedia latihan boleh menyediakan jadual latihan lebih anjal (flexible). Kelas maya tidak memerlukan penyediaan kelas fizikal hanya perlukan platform seperti Zoom, Microsoft Team atau Google Meet untuk melaksanakan latihan. Oleh itu, sumber lebih besar dan pilihan lebih banyak untuk melaksanakan latihan di kelas maya. 

 

Ada juga kelas maya yang mempunyai jadual yang dijamin untuk dilaksanakan (Guaranteed to run). Ini akan memudakan anda merancang dan menghadiri kelas maya.

 

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp