Announcement: Mindasys is now Skillet! Check out our new website.

AI Dan Jenis Aplikasi Machine Learning

Artificial Intelligence (AI) dan Machine Learning (ML) istilah yang sangat popular digunakan dalam dunia IT. Kadang-kadang, penggunaan istilah ini bertukar mengikut syarikat membuat pemasaran produk mereka. Walau bagaimanapun, istilah ini tidak sama kerana banyak terdapat beberapa perbezaan antara keduanya. 

 

Apa dia Artificial Intelligence (AI)

Istilah AI telah ada semenjak tahun 50an lagi. Secara ringkas, ia adalah usaha untuk membina mesin yang boleh menandingi keupayaan dan kebijaksanaan manusia di muka bumi ini. 

 

Walau bagaimanapun, definisi Intelligence (kebolehan menerima dan menggunakan ilmu) kadang-kadang agak mengelirukan kerana apa yang kita faham sebagai  “Intelligent” (menunjukkan kebolehan menerima dan menggunakan ilmu) bertukar mengikut zaman. 

 

Pada peringkat awalan,  AI dikawal selia oleh program komputer yang boleh menyelesaikan masalah yang kompleks. Disebalik pengaturcara kod, setiap keputusan yang dibuat oleh perisian, program dibagikan kepada maklumat atau ilmu dan bantuan mesin.

Pembangun perisian, perlu mengisi maklumat, dan mesin akan menggunakan untuk membuat keputusan. 

 

Manakala algoritma AI moden, ia boleh belajar dari dari data atau maklumat sejarah. Ini membolehkan ia kita membuat aplikasi untuk robot, kereta tanpa pemandu, faham bahasa dan banyak lagi. 

 

Ada yang berpendapat, AI dalam keadaan tertentu sudah mencapai kedudukan seperti manusia luar biasa, tapi ramai juga yang percaya, masih terlalu jauh AI boleh menandingi kebijaksanaan manusia. 

 

Sehingga hari ini, belum ada AI yang boleh belajar seperti manusia. AI perlu didedahkan dengan data-data yang cukup banyak sebelum ia boleh memahami sesuatu topik. Dan sehingga kini, belum ada algoritma yang boleh dipindahkan diantara domain. 

 

Kebijaksanaan manusia memiliki kebolehan untuk menghubungkan antara satu makna. Contoh ambil perkataan manusia.

 

Kita boleh mengenal manusia dalam gambar dan video, dan AI juga mempunyai kebolehan yang sama. Kita boleh mengetahui, manusia tidak seperti kereta yang mempunyai roda dan menghasilkan karbon dioksida. Ini tidak boleh dilakukan oleh AI. 

 

Definisi AI sentiasa berubah. Kita kagum dengan algoritma yang setiap hari semakin canggih. Sehingga ada AI boleh menjadi pakar jantung yang berprestasi tinggi. Walau bagaimanapun, kelemahan AI ini tidak boleh menghubung antara satu makna. 

 

Itu sebab mengapa, kita membezakan diantara AI sekarang (Narrow AI) dan AI yang mempunyai versi aras manusia yang mana sekarang ini ramai berlumba-lumba menghasilkan, ia dikenali debagai Artificial General Intelligence (AGI).

 

Ada yang berpendapat, semua aplikasi AI yang ujud sekarang termasuk dalam kumpulan narrow AI, atau AI lemah, manakala AGI masih lagi diperingkat teori. 

 

Jenis-jenis aplikasi AI

 

Machine learning (ML)

Ia menggunakan data sejarah bersama algoritma untuk menjadikan perisian boleh membuat jangkaan yang tepat walaupun asalnya tidak diprogramkan untuk membuat jangkaan. 

 

Deep learning

Sejenis machine learning yang boleh meniru cara manusia memperoleh pengetahuan, proses mengumpul, menganalisa, dan mentafsir banyak data dengan cepat dan mudah.

 

Neural network

Satu sistem terdiri dari perkakasan dan perisian dicipta untuk mengenal pasti corak dan beroperasi sama dengan sel neuron di dalam otak manusia.  

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp