Announcement: Mindasys is now Skillet! Check out our new website.

7 Adobe Creative Cloud Yang Setiap Orang Perlu Belajar

Bila disebut perisian yang boleh menghasilkan kerja kreatif, Adobe Creative Cloud memiliki pelbagai pilihan untuk anda. Dari Lightroom ke Photoshop, dan Premiere Pro ke Illustrator, Adobe menyediakan banyak pilihan untuk anda berkreatif. 

 

Perisian Adobe sangat berguna kerana ia dicipta mempunyai kebolehan diguna pakai bersama perisian Adobe yang lain. Anda boleh membeli perisian ini melalui langganan bulanan untuk hampir semua program yang dikeluarkan oleh Adobe. 

 

Jika anda mula berfikir atau berminat untuk belajar menggunakan perisian-perisian Adobe, artikel ini sesuai untuk bacaan anda.  Berikut adalah tujuh (7) perisian Adobe Creative Cloud yang popular yang sepatutnya anda belajar dalam tahun 2021.

 

Semua perisian Adobe ini akan membantu anda membuat peningkatan hasil kerja keratif anda.

 

Adobe Lightroom

 

Boleh didapati dari khidmat cloud yang menyediakan semua yang ada perlukan untuk mencipta, edit, susun ataur, simpan dan berkongsi gambar melalui pelbagai peranti. 

 

Terdapat banyak perisian untuk mengedit gambar, tetapi secara relatifnya Adobe Lightroom sangat mudah digunakan, menukarkan gambar asal dari kamera anda menghasilkan kerja berkreatif tinggi.  

 

Dengan Adobe Lightroom anda boleh belajar bagaimana membina dan mencipta hasil kerja yang unik melalui preset dan color grading. Bahkan anda boleh mengedit gambar di dalam telefon bimbit dengan menggunakan Adobe Lightroom Mobile App. 

 

Jika anda sebagai seorang jurugambar, Adobe Lightroom ialah perisian yang mesti anda pelajari. Perisian ini akan menukar bagaimana anda berkreatif. Perisian ini sangat berkuasa walanagaimana pun, yang bagusnya, ia tetap mudah digunakan. 

 

Adobe Photoshop

 

Adobe Photoshop ini menjadi pemain utama dalam industri kreatif. Penghasilan kerja berkualiti tinggi dengan menggunakan Adobe Photoshop menjadikan ianya perisian yang paling popular di dunia untuk kerja berkaitan fotografi, reka cipta grafik, atau sebarang reka cipta digital. 

 

Jika anda sebagai jurugambar, Lightroom dan Photoshop boleh digunakan bersama. Lightroom boleh digunakan untuk kerja mengedit, dan Photoshop boleh menambah penghasilan kreatif dengan pelbagai tools lain untuk penghasilan kerja berkualiti tinggi.  

 

Untuk mencapai tahap kemahiran tinggi menggunakan Photoshop, ia mungkin akan mengambil masa berbulan bulan. Terdapat banyak ciri-ciri dan tools yang perlu dipelajari dan digunakan. Belajar dari pengguna yang mahir atau trainer berpengalaman boleh membantu anda mempercepatkan proses pembelajaran. 

 

Adobe Illustrator

 

Adobe Illustrator adalah salah satu perisian yang sangat popular keluaran Adobe. Perisian vektor grafik terbaik dalam dunia untuk digunakan oleh pereka cipta grafik. Adalah sangat penting bila mencipta logo atau kerja seni untuk jenama atau pelanggan. 

 

Sebagaimana Adobe Photoshop, Illustrator ialah program yang sofistikated dan perlu ambil masa yang panjang untuk mahir menggunakannya. Jika anda benar-benar mahu menjadi pereka grafik yang baik, Adobe Illustrator adalah pilihan terbaik. 

 

Adobe Premiere Pro

 

Bila bercakap tentang perisian terbaik untuk mengedit video, pilihan yang paling tepat ialah Premiere Pro. Perisian ini digunakan secara meluas untuk membuat video komersial begitu juga oleh pengarah filem Hollywood. 

 

Perisian mengedit video terbaik di dunia ini datang dengan bersama kompleksiti. Maksudnya, Adobe Premiere Pro adalah perisian yang paling sukar dikuasai berbanding dengan produk perisian Adobe yang lain. 

 

Adobe After Effects

 

Adobe After Effects adalah perisian yang paling selalu digabung guna  dengan Adobe Premiere Pro. After Effects ialah perisian untuk menghasilkan kesan digital dan grafik pergerakan. Sebagai pengguna mahir Adobe After Effects, anda boleh masukan semua dimensi untuk projek video anda. 

 

Adobe After Effects sangat penting bila menggunakan Adobe Premiere Pro bagi menghasilkan projek video berkualiti tinggi. 

 

Adobe Audition

 

Adobe Audition diperlukan untuk anda bila melibatkan audio atau audio mixing. Jika anda terlibat dengan pengeluaran podcasting atau mahu menghasilkan audio yang sempurna bagi projek video anda, Adobe Audition pilihan terbaik untuk anda. 

 

Adobe InDesign

 

Adobe InDesign adalah salah satu perisian yang sangat berguna untuk pekerja pereka grafik. Ia boleh digunakan untuk buat banyak benda seperti poster, flyer, majalah dan fail PDF yang boleh diisi oleh pelanggan. 

 

InDesign ialah perisian yang paling serba boleh dan paling berguna dalam semua produk yang dikeluarkan oleh Adobe. 

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp