Adakah tindakan yang bijak, berusaha untuk memiliki sijil CompTIA Network+? Anda tentu memerlukan jawaban yang jelas sama ada pensijilan ini berbaloi ataupun sebaliknya. Ini akan melibatkan masa, wang dan usaha anda.
Artikel ini akan menjawab soalan anda.
Apakah sijil CompTIA Network+?
CompTIA Network+ ialah ialah pensijilan profesional vendor bebas (vendor-neutral), pensijilan peringkat kemasukan (entry-level) yang telah diiktiraf secara meluas dalam industri IT.
Ia menyediakan pekerja IT (technicians) untuk bekerja dalam infrastruktur IT dengan menyediakan ilmu dan kemahiran dalam bidang rangkaian (networking).
Pekerja IT yang memiliki sijil CompTIA Network+ boleh membuktikan mereka memiliki kebolehan untuk menyelesaikan masalah rangkaian (network troubleshooting), pengkabelan rangkaian (network cabling) konfigurasi, subnetting dan operasi rangkaian.
Mereka juga faham teknologi baru, seperti teknologi berkaitan dengan virtualization dan pengkomputeran awan (cloud)
Sesiapa yang memiliki sijil CompTIA Network+ boleh melaksanakan tugasan berikut dengan berkesan:
- Mereka bentuk dan melaksanakan rangkaian
- Menyokong perlaksanaan rangkaian maya
- Konfigurasi, urus dan selanggara rangkaian
- Menggunakan peranti, seperti suis dan penghala (switches & routers) untuk membuat segmentasi rangkaian trafik dan mencipta rangkaian yang berdaya tahan.
- Menyelesaikan masalah rangkaian
- Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan dari rangkian yang sedia ada
- Melaksanakan keselamatan rangkaian, standard dan protokol
Terdapat beberapa pensijilan rangkaian dalam pasaran yang antaranya CCNA dan CCNP, Microsoft MTA Networking Fundamentals. Walau bagaimanapun, CompTIA Network+ memiliki beberapa kelebihan antaranya:
Pertama, CompTIA Network+ ialah pensijilan untuk vendor bebas (vendor neutral). Ia menyediakan pekerja IT yang memahami pelbagai teknologi rangkain, tidak terhad kepada solusi untuk satu vendor sahaja.
Ini berbeza dengan pensijilan dari vendor rangkaian tertentu seperti dari Cisco dan Microsoft. Pekerja IT yang memiliki sijil dari Cisco atau Microsoft mahir dalam teknologi berkaitan dengan vendor tersebut sahaja.
Kedua, CompTIA Network+ adalah satu-satunya pensijilan IT yang ada dalam pasaran yang mengabungkan rangkain wayar dan tanpa wayar (wired & wireless networks)
Tidak perlu prasyarat untuk belajar dan mengambil peperiksaan untuk pensijilan CompTIA Network+ Walau bagaimanapun anda digalakan memiliki sijil CompTIA A+ ataupun pengetahuan dan pengalaman sebelum mula belajar untuk mendapatlan pensijilan CompTIA Network+
Lebih baik jika ada sudah ada pengalaman bekerja sekurang-kurangnya sembilan bulan dalam bidang rangkian.
7 perkara yang anda perlu tahu tentang peperiksaan CompTIA Network+
- Terdapat 90 soalan
- Soalan terdiri dari drag-and-drop, performance base dan soalan pilihan
- Masa, 90 minit
- Markah lulus ilah 720 dalam skala 100-900
- Selain English, terdapat juga bahasa German, Jepun, Spanyol dan Portugal
- Peperiksaan boleh dilaksanakan Pearson VUE dan di atas talian
- Yuran peperiksaan, berbeza mengikut zone pasaran
Menggunakan bahan rujukan resmi CompTIA atau menghadiri latihan kelas CompTIA Network+ boleh membantu anda lulus dalam peperiksaan. Kemahiran yang anda akan dapati dari latihan boleh membantu anda untuk memahami konsep-konsep rangkaian.
Pengetahuan dan sijil CompTIA Network+ boleh menjadi tarikan kepada syarikat untuk menawarkan pekerjaan kepada anda. Jika ada sudah bekerja, ia membuka jalan untuk anda pergi lebih jauh dalam kerja IT dengan gaji yang lebih menarik.