Apakah PHP dan MySQL
PHP (Hypertext Preprocessor) ialah sumber terbuka (open source) yang digunakan dalam skrip bahasa (scripting language) untuk membangunkan laman web dan boleh guna pakai dalam HTML.
MySQL pula adalah sumber terbuka pengakalan data (open source database) yang paling popular di dunia.
Berapa lama perlu masa untuk belajar PHP dan MySQL
PHP sudah lama diketahui sebagai cara mudah sebagai langkah pertama untuk menjadi pengaturcara komputer. Di peringkat awal, ramai juga yang belajar sendiri. Banyak yang perlu dipelajari untuk menguasai PHP dan biasanya ia mengambil masa yang agak panjang.
PHP, bahasa yang berinteraksi dengan MySQL untuk merekodkan data pengguna ke pengakalan data.
Cara belajar PHP & MySQL
MySQL adalah Sistem Pengurusan Pangkalan Data. MySQL beroperasi dengan bahasa yang spesifik dalam pengaturcaraan komputer. Spesifik pengaturcara komputer ini juga dikenali dngan Query Language (SQL).
Belajar PHP dan MySQL sangat berguna. Anda boleh belajar sama ada satu persatu atau belajar kedua-duanya serentak.
Belajar dua bahasa pengaturcaraan akan mengambil masa yang lama. Walau bagaimanapun, belajar PHP dan MySQL perlukan masa yang lebih pendek tapi perlu lebih dedikasi dan usaha.
Secara purata, anda boleh menguasai PHP dan MySQL serentak dalam masa enam ke tujuh bulan, maksimum lapan ke sepuluh bulan. Biasanya pelajar akan masa yang lebih panjang untuk menguasai PHP berbanding dengan MySQL.
Masa sebenar untuk belajar dah mahir dalam kod pengaturcara komputer berbeza diantara individu, usaha yang diberikan dan kebolehan untuk belajar dan menjadi mahir.
Siapa yang perlu belajar PHP & MySQL
Ada pengetahuan tentang kod pengaturcaraan komputer adalah dicadangkan seperti asas HTML, CSS kerana ini akan membantu ada lebih mudah untuk memahami PHP.
Jika ada tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam kod pengaturacraan komputer, biasanya anda akan mengambil masa sehingga lima-enam bulan untuk faham dan boleh menggunakan PHP secara berkesan.
Secara perbandingan, MySQL lebih mudah dipelajari berbanding PHP. MySQL tidaklah sebesar PHP. Anda boleh belajar MySQL dalam tempoh satu-dua minggu sahaja.
Asasnya termasuklah mencipta jadual, dan perkara yang berkaitan dengan jadual seperti memasukan data dalam jadual, mendapatkan data dari jadual, menghapuskan data dalam jadual, menyambungkan data dan sebagainya.
PHP atau MySQL yang patut anda mula belajar
PHP adalah pengaturcara server yang merekodkan data pengguna dan memerlukan pangkalan data dalam server. PHP tidak boleh berhubung atau sepadan dengan pangkalan data.
Dengan bantuan, MySQL, PHP akan membantu dan kawal sebarang bentuk data kedalam pangkalan data.
Untuk melaksanakan proses belajar menyeluruh PHP dan MySQL, anda perlu belajar PHP kemudian MySQL.
Mana yang lebih mudah belajar, PHP atau MySQL
MySQL adalah lebih mudah untuk dipelajari berbanding PHP. MySQL memiliki kurang bilangan fungsi asas untuk dipelajari.
Oleh kerana subjek MySQL tidak sebesar PHP dibandingkan diperingkat asas, belajar MySQL lebih mudah dan cepat.
Berbaloi belajar PHP pada tahun 2021?
Permintaan kepada PHP sentiasa meningkat untuk pengaturcaraan komputer dalam beberapa tahun ini. Walaupun ada beberapa golongan developer mengatakan zaman PHP sudah tamat, tapi bagi yang tahu kelebihannya sentiasa bernilai.
Contoh Facebook, masih membangunkan perisian menggunakan PHP, Ia antara bahasa pengaturcara komputer yang paling baik, kos paling efektif dan teknologi yang dipercayai. Jadi, sudah tentu ianya berbaloi belajar PHP dalam tahun 2021.
Perlukan anda belajar MySQL
Dengan MySQL anda boleh dapatkan jawaban kepada pertanyaan anda bila anda melaksanakan sesuatu projek. Anda akan dapat kefahaman yang jelas kepada projek anda.
MySQL sangat popular dan merupakan pangkalandata percuma. Skill MySQL yang anda miliki sangat membantu anda untuk berjaya dalam kerjaya.
MySQL percuma, pangkalan data sumber percuma digunakan oleh banyak syarikat besar di seluruh dunia. Kebanyakan laman sesawang yang anda jumpa setiap hari, kebanyakannya menggunakan MySQL.
Syarikat seperti Google, NASA, Uber, Pinterest, Amazon, Twitter dan banyak lagi, menggunakan MySQL. Ini menjadi panduan kepada anda untuk memutuskan perlunya belajar MySQL.