Announcement: Mindasys is now Skillet! Check out our new website.

Mengapa Perlu Penilaian Keperluan Latihan (Training Need Assessment)

Penilaian Keperluan Latihan atau Training Needs Assessment sangat penting untuk menjimatkan masa, wang, dan menepati inspirasi pihak pengurusan. Ianya satu proses bagi melaksanakan latihan yang lebih berjaya, mendapat komitmen dari staf dan mengikut bajet latihan yang telah ditetapkan.

 

5 sebab mengapa anda perlu adakan Penilaian Keperluan Latihan

Bagaimana nak menentukan siapa atau team mana yang perlu kepada latihan mengikut bajet yang ada. Atau latihan apa yang sepatutnya mereka ikuti?

Latihan perlu dirancang dengan teliti kerana perbelanjaan syarikat mestilah mendatangkan pulangan. Ini bermakna, siapa, bila dan bagaimana latihan dilaksanakan mestilah dirancang dan dilaksanakan dengan strategi yang berkesan.

Cara terbaik untuk membuat keputusan ialah dengan berpandukan keputusan dari Penilaian Keperluan Latihan. Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda perlu kenal pasti keperluan latihan dalam organisasi anda.

 

1. Melatih staf yang betul, dengan kaedah yang tepat

Salah satu hasil Penilaian Keperluan Latihan ialah proses menyediakan senarai staf mengikut keperluan latihan. Contoh, jika team IT anda ketinggalan dalam ilmu dan kemahiran mengikut standard industri, mereka perlukan latihan untuk meningkatkan kebolehan mereka di tempat kerja.

Memilih kursus yang betul mengikut keperluan staf atau team sangat penting dalam melaksanakan latihan secara berkesan. Semakin berkaitan kandungan kursus dengan tugas staf, semakin minat mereka belajar dan semakin berjayalah program latihan anda.

 

2. Memberi keutamaan keperluan latihan mengikut impak lebih besar kepada bisnes

Penilaian Keperluan Latihan boleh mengenal pasti pengetahuan khusus dan skill yang staf perlu ada untuk menjadi lebih produktif, berkesan dan inovatif di tempat kerja. Staf yang boleh melaksanakan kerja dengan baik akan membantu majikan mencapai objektif perniagaan syarikat.

Penilaian Keperluan Latihan ini merupakan alat yang sangat penting terutama bila dalam situasi bajet syarikat yang terhad. Dengan memahami keperluan skill diperlukan dalam operasi, anda boleh menyusun latihan menurut keutamaan mengikuti yang mana akan memberi kesan lebih besar kepada hasil syarikat anda.

 

3. Kenal pasti alat dan cara yang anda belum pernah digunakan

Salah satu langkah dalam Penilaian Keperluan Latihan melibatkan soal selidik  atau survey, pemerhatian dan lain-lain penilaian yang bagi mengenal pasti halangan proses pembelajaran.

Biasanya, ia akan memberi jawaban kepada kaedah latihan telah digunakan atau cara lama. Dalam situasi sekarang, pandemik covid-19, dapatan dari soal selidik mungkin akan berbeza. Contoh, staf mungkin akan lebih selasa atau boleh belajar dengan lebih berkesan melalui kelas virtual berbanding kelas bersemuka.

Syarikat boleh mengadakan latihan melalui pelbagai platform seperti Zoom, Webex, Microsoft Teams dan lain-lain. Terdapat juga pelbagai platform percuma dalam pasaran.

 

4. Pulangan kepada pelaburan

Setiap syarikat akan mengharapkan pulangan kepada pembelanjaan dalam melatih pekerja. Hasil latihan sepatutnya boleh dilihat dalam bentuk pulangan seperti meningkatnya prestasi pekerja, meningkatkan produktiviti dan seterusnya keuntungan syarikat.

Disamping itu, Penilaian Keperluan Latihan boleh mengukur berapa berkesannya latihan yang telah lepas. Contoh, apakah isu kekurangan skill pekerja telah dibaiki semenjak latihan yang lepas. Atau pekerja masih menghadapi masalah melaksanakan kerja mereka walaupun sudah menghadiri latihan.

Bukti pencapaian hasil dari keberkesanan latihan ini sangat penting kepada pihak pengurusan. Penilaian Keperluan Latihan boleh menyediakan bukti untuk rujukan atau panduan.

 

5. Melibatkan staf dalam proses pembelajaran dan pembangunan  berterusan

Melibatkan staf dalam proses Penilaian Keperluan Latihan sangat penting walaupun kadang-kadang agak sukar dilaksanakan. Kebaikan melaksanakan proses ini, akan meningkatkan rasa “self of belonging” kerana mereka dilibatkan dan didengari.

Sebagai permulaan, anda boleh dilakukan melalui borang soal selidik atau temuduga staf berkaitan. Hasil dari Penilaian Keperluan Latihan, pihak pengurusan akan mendapat maklumat lengkap untuk membuat rancangan terbaik untuk setiap staf dan syarikat.

 

Bagaimana cara melaksanakan Penilaian Keperluan Latihan

Berikut adalah cara atau langkah-langkah yang dicadangkan:

 

1. Set dengan jelas objektif bisnes

Pertama, kenal pasti objektif latihan. Adakah objektif syarikat anda mahu menurunkan kos? Meningkatkan inovasi? Atau mahu menjadi lebih efisien?

Memahami staf dibahagian mana yang perlu ditambah baik prestatsi, dalam membantu syarikat mencapai matlamat akan menjadi kunci utama kepada langkah seterusnya.

 

2. Kenalpasti kompetensi yang diperlukan untuk objektif syarikat

Selepas anda ketahui staf dari kategori mana yang perlu di tambah baik, anda perlu kenal pasti cara untuk penambahan baikan tersebut. Dalam erti kata lain ialah, ilmu dan kemahiran yang mereka perlu untuk menjadi lebih produktif, efisien atau inovatif.

 

3. Mengatasi halangan belajar

Seterusnya, melalui soal selidik, dan teknik penilaian, kenal pasti halangan yang boleh menghalang pekerja dari belajar dan menambah baik ilmu dan kemahiran. Ini boleh berlaku dari kelemahan kaedah penyampaian latihan kepada kurangnya sokongan dari pihak pengurusan.

 

4. Sediakan latihan yang betul

Akhirnya, berdasarkan maklumat dari 3 langkah  di atas, rangka dan laksanakan latihan yang paling sesuai untuk setiap pekerja atau pasukan anda.

 

Kesimpulan

Penilaian Keperluan Latihan memerlukan sedikit usaha tambahan. Walau bagaimanapun, ia sangat penting untuk menjimatkan wang, masa dan sumber dengan melaksanakan latihan kepada orang yang betul dengan cara yang betul.

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp