Semenjak 10 tahun yang lalu, penggunaan metodologi Pengurusan Projek Agile telah berkembang. Tahukah anda, apakah Pengurusan Projek Agile? Dan mengapa anda perlu menggunakan teknik Agile?
Pengurusan Projek Agile menggunakan kitaran pembangunan tempoh jangka masa pendek yang dipanggil “Sprint,”. Setiap satunya menggabungkan dan disesuaikan mengikut maklum balas pihak pihak berkepentingan dan pelanggan untuk menghasilkan produk akhir yang menepati objektif ke semua pihak.
Pengurusan Projek Agile menjadi begitu popular kerana ia boleh memenuhi keperluan perniagaan yang bergerak pantas hari ini. Dengan tumpuan kepada evolusi dan kerjasama yang berterusan, metodologi ini membolehkan organisasi menguruskan tempoh siap projek dengan pantas untuk masuk ke pasaran, mengurus perubahan mengikut keutamaan, melibatkan pihak berkepentingan dan mempunyai fleksibiliti.
Syarikat yang menggunakan Pengurusan Projek Agile boleh mendapatkan hasil pertama dalam tempoh masa yang pendek. Contoh, dalam masa dua minggu daripada menghabiskan enam bulan membangunkan produk atau perkhidmatan yang mungkin lapuk pada masa ia mula masuki pasaran.
Mereka akan terus mengeluarkan versi penyesuaian yang dikemas kini dalam tempoh enam bulan akan datang. Ini menghasilkan penyampaian akhir yang lebih berkesan, relevan dan berguna.
Faedah Pengurusan Projek Agile termasuk:
Kualiti produk yang lebih tinggi
Ujian keatas produk dilakukan sepanjang proses pembangunan. Oleh itu pasukan boleh melakukan pemeriksaan berterusan dan mencari ruang untuk penambahbaikan.
Mengurangkan risiko
Pengurusan Projek Agile hampir menghapuskan kemungkinan kegagalan mutlak projek. Bekerja dalam ‘sprints’ membolehkan pasukan membangunkan produk yang berfungsi dari awal. Jika gagal, pasukan boleh membuat pembetulan dengan cepat.
Prestasi projek kelihatan lebih jelas
Pengurusan Projek Agile membolehkan setiap ahli pasukan mengetahui perkembangan semasa projek. Mesyuarat dan semakan kaedah “Scrum” meningkatkan ketelusan untuk semua orang dalam pasukan.
Meningkatkan kawalan projek
Ahli pasukan mempunyai kawalan sepanjang projek dengan lebih banyak peluang untuk menguji dan menyesuaikan keadaan.
Boleh meramalan projek dengan lebih baik
Memecahkan projek mengikut ‘sprint’ untuk tempoh yang lebih pendek membolehkan pengurus projek meramalkan kos, tempoh dan peruntukan sumber yang diperlukan untuk setiap ‘sprint’ lebih tepat.
Nilai teras Pengurusan Projek Agile
Manifesto Agile rasmi menyenaraikan empat (4) Nilai utama Metodologi Agile:
- Individu dan interaksi lebih utama dari proses dan alatan
- Perisian yang berfungsi lebih utama dari dokumentasi yang komprehensif
- Kerjasama dengan pelanggan lebih utama berbanding rundingan mengikut kontrak
- Bertindak balas terhadap perubahan berbanding mengikut rancangan
Manifesto itu juga menyenaraikan 12 Prinsip Asas Agile:
- Keutamaan tertinggi kami adalah untuk memuaskan hati pelanggan melalui penghantaran awal dan perisian berharga yang berterusan
- Mengalu-alukan perubahan keperluan, walaupun lewat dalam pembangunan. Proses Agile memanfaatkan perubahan untuk kelebihan daya saing pelanggan.
- Menghantar perisian yang berfungsi secara kerap, dari beberapa minggu hingga beberapa bulan, dengan keutamaan untuk skala masa yang lebih pendek.
- Pemilik bisnes dan pemaju mesti bekerjasama setiap hari sepanjang projek.
- Membina projek bersama individu yang bermotivasi. Sediakan mereka persekitaran dan sokongan yang diperlukan, dan beri kepercayaan untuk mereka menyelesaikan kerja.
- Kaedah yang paling cekap dan berkesan untuk menyampaikan maklumat dalam pasukan ialah melalui perbualan bersemuka.
- Perisian yang berfungsi adalah ukuran utama kemajuan.
- Proses Agile menggalakkan pembangunan mampan. Penaja, pembangun dan pengguna seharusnya dapat mengekalkan kadar kemajuan yang berterusan.
- Pemerhatian yang berterusan terhadap kecemerlangan teknikal dan reka bentuk yang baik untuk meningkatkan Agility.
- Kesederhanaan — seni memaksimumkan jumlah kerja yang tidak perlu dilakukan — adalah penting.
- Seni bina, keperluan dan reka bentuk terbaik muncul daripada setiap ahli pasukan.
- Pasukan sentiasa memikirkan untuk menjadi lebih berkesan, kemudian menyesuaikan tingkah lakunya dengan sewajarnya.
Beberapa rangka kerja yang paling popular untuk melaksanakan Pengurusan Projek Agile termasuk Scrum, Kanban, Extreme Programming (XP) dan Adaptive Project Framework (APF).