Apa dia Industri 4.0?
Ia merujuk kepada proses pembangunan dalam pengurusan pengeluaran dikilang dan rangkaian perniagaan. Ia melibatkan proses transformasi digital.
Bermula dengan memahamkan konsep revolusi yang pertama dikenali dengan First Industrial Revolution yang mana mula memperkenalkan mekanikal, kuasa stim dan air.
Diikuti pula dengan Second Industrial Revolution, yang melibatkan pengeluaran secara massa barangan di kilang dengan menggunakan tenaga elektrik.
Manakala dalam Third Industrial Revolution, melibatkan penggunaan elektronik, IT, Sistem dan automasi.
Dari Third Industrial Revolution ini lahirlah Fourth Industrial Revolution yang mana ianya berkaitan dengan sistem siber secara fizikal.
Industri Teknologi 4.0
Secara umumnya, Industri 4.0 menerangkan trend yang semakin meningkat ke arah automasi dan saling bertukar data dalam teknologi dan proses di dalam perkilangan termasuk:
- The internet of things (IoT)
- The industrial internet of things (IIoT)
- Smart manufacturer
- Smart factories
- Cloud computing
- Cognitive computing
- Artificial intelligence
Proses otomasi ini menjadikan sistem pengilangan dimana mesin di dalam kilang bertambah dengan sambungan tanpa wayar (wireless), dan sensor untuk memantau dan mendapat maklumat lengkap berhubung proses pengeluaran. Ia akan membantu proses membuat keputusan yang tepat.
Sambungan tanpa wayar dan kategori mesin ini akan bertambah maju dengan adanya teknologi 5G. Ini akan menyediakan masa memberi respon yang lebih cepat, membolehkan komunikasi dalam waktu sebenar.
Industri 4.0 juga berkait dengan digital twin teknologi. Teknologi digital ini boleh mengujudkan dunia maya dari dunia sebenar dalam proses dan aplikasi. Ini akan menambah kecekapan dalam pengurusan kos berpusat.
Proses otomasi termasuk saling hubungan antara proses, ketelusan maklumat dan bantuan teknikal untuk membuat keputusan. Secara ringkas ini akan menjadi transformasi digital. Teknologi ini membantu menyelesaikan banyak masalah dan menjejaki proses seterusnya meningkatakan produktiviti.