Artificial intelligence (AI) dalam bisnes dan kesan kepada anda

Istilah artificial intelligence (AI) selalu digambarkan seperti apa yang dapat dilihat dalam filem fiksyen. Walau bagaimanapun, tanpa disedari AI telah banyak digunakan dalam dunia perniagaan dan kehidupan harian kita. 

 

Jenama besar dipasaran sudah menggunakan AI dalam projek atau urusan perniagaan untuk menjadikan mereka lebih berkesan dan produktif. Syarikat besar seperti Google, IBM, Facebook dan banyak lagi sudah menggunakan AI dalam operasi harian mereka. 

 

AI dan dunia perniagaan hari ini

Menurut laporan SEM Rush report, AI dijangka akan terus menambah nilai kepada bisnes dan kebolehan upaya pekerja. Tahun 2021, penggunaan AI dalam dunia perniagaan dijangka menjana $2.9 trillion dengan 6.2 billion jam tenaga kerja. 

 

AI dan machine learning membawa perubahan besar bagaimana syaikat berhubung atau memenuhi keperluan pelanggan dalam masa yang singkat dan produktif tinggi. 

 

Teknologi AI diguna pakai dalam banyak bidang industri termasuk; kesihatan, jualan, HR, operasi, kilang & pengeluaran, pemasaran dan lain-lain lagi. Yang biasa kita dengar AI digunakan dalam kereta pandu sendiri (self-driving car), internet of things (IoT), diagnosis perubatan, robot dalam industri pengeluaran atau kilang, proses jualan layan diri dan banyak lagi. 

 

Penglibatan dan potensi AI  tidak terbatas dan sentiasa berkembang sama ada dalam dunia perniagaan atau kehidupan kita sebagai pengguna.  Untuk melaksanakan AI dan teknologi machine learning dalam perniagaan, kita mesti menyediakan tenaga kerja yang boleh menguruskan teknologi ini. 

 

Bagaimana menggunakan AI dalam bisnes

Terdapat pelbagai perisian AI dalam bisnes. AI menjadi alat atau mekanisme penting bagi membantu bisnes berjalan lancar dan meningkatkan produktiviti.  

 

Personalization

  • Di marketplace: AI boleh mencadangankan produk yang kita mahu cari berdasarkan sejarah membeli dan minta kita di masa lepas. 
  • Di sosial media: AI boleh menentukan jenis kandungan yang kita mahu lihat

 

Proses secara automatik

AI digunakan untuk secara automatik untuk melaksanakan proses bisnes, dikenali sebagai robot process automation (RPA). Syarikat besar seperti IBM, Microsoft, Linkedin menggunakan RPA untuk melaksanakan proses pelaksanaan. 

 

Khidmat pelanggan

Semakin ramai pengguna membeli di atas talian. Mereka  tidak perlu berhubung dengan wakil syarikat untuk mendapatkan barang keperluan. AI boleh memudahkan proses membeli dari chatbots kepada pelbagai program untuk memudahkan proses membeli.

 

Meningkatkan pengeluaran

Semakin banyak kilang menggunakan AI dan robot untuk meningkatkan proses pengeluaran dalam masa yang singkat. 

 

Menganalisa data

Salah satu penggunaan AI yang utama sekarang ialah menganalisa data bisnes. Dengan menggunakan AI untuk menganalisa data, bisnes boleh laksanakan mengikut cadangan atau rumusan yang diberikan. 

 

Apa kesan AI kepada anda

Sebagai pekerja, anda tentu rasa peluang pekerjaan anda semakin terancam. Menggunakan AI bermakna mengurangkan atau boleh menggantikan tugas manusia. Menurut Majalah Forbes 34% pekerja menjagakan pekerjaan mereka akan diganti AI menjelang 2023. 

 

Benar, AI boleh menghapuskan peluang pekerjaan dalam bidang tertentu seperti kerja pemasangan dalam kilang tetapi dalam masa yang sama, AI membuka lebih banyak peluang kerja bukannya semakin berkurangan. 

 

Ada laporan menyatakan AI sebenarnya boleh menjadi agen mengembangkan pasaran pekerjaan dalam pelbagai cara tetapi sehingga sekarang, ramai yang belum fahami. Ai akan terus menjadi pemacu inovasi dalam pelbagai industri yang akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan. 

 

Perlu diingatkan, AI berkebolehan melaksanakan tugasan yang diberikan sahaja, memerlukan penglihatan manusia untuk menyokong dan menggunakan teknologi dalam bidang pekerjaan. 

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
× WhatsApp Us