Announcement: Mindasys is now Skillet! Check out our new website.

Apa dia IoT? Apa yang anda perlu ketahui masa kini

Internet of things atau IoT, merujuk kepada berbilion peranti di seluruh dunia yang berhubung dengan internet. Semuanya mengumpul dan berkongsi data. 

 

Ini berlaku kerana adanya chips komputer yang sangat murah dan adanya rangkaian tanpa wayar (wireless networks), dimana-mana sahaja. IoT boleh dilakukan dari objek yang sekecil sebiji ubat kepada benda sebesar sebuah kapal terbang. 

 

Menghubungkan semua objek yang berlainan dengan menambahkan sensor akan meningkatkan kepintaran peralatan dan perkakasan tersebut yang tidak mempunyai kecerdasan. Ini membolehkan setiap peralatan dan perkakasan boleh berkomunikasi dalam waktu sebenar dengan data tanpa melibatkan manusia. 

 

Internet of Things menjadikan dunia keliling kita lebih pintar dan responsif melalui gabungan digital dan persekitaran fizikal. 

 

Contoh alat atau peranti Internet of Things

Secara teorinya, semua objek fizikal boleh ditukar menjadi alat IoT jika boleh dihubungkan kepada internet untuk dikawal atau berhubung dengan maklumat. 

 

Contoh, sebiji mentol lampu boleh dihidupkan  menggunakan aplikasi telefon pintar adalah alat IoT. Seperti juga dengan sensor pergerakan yang dipasang dalam pejabat atau disambung kepada lampu jalan. Lampu akan menyala apabila ada pergerakan objek.  

 

IoT boleh digunakan pakai kepada objek mudah seperti permainan kanak-kanak atau kepada perkara yang lebih sukar seperti lori tanpa pemandu. 

 

Untuk objek yang besar, di dalamnya terdapat banyak komponen kecil IoT.   Contoh dalam enjin jet, terdapat ribuan sensors pada komponen kecil yang mengumpul dan menghantar data untuk memastikan enjin beroperasi secara efisien. 

 

Dalam skala yang lebih besar, contohnya bandaraya pintar; memasang banyak sensor dibanyak tempat boleh membantu kita memahami dan mengawal persekitaran dalam bandaraya. 

 

Istilah IoT merujuk kepada alat yang mempunyai hubungan dengan internet dan berkomunikasi dalam rangkaian tanpa bantuan manusia. Ini adalah sebab kenapa PC selalunya tidak dikira sebagai alat IoT, begitu juga telefon pintar. 

 

Manakala jam tangan pintar atau gelang kecergasan atau sebarang peralatan yang dipakai boleh dikira sebagai alat IoT. 

 

Sejarah Internet of Things

Idea untuk memasang sensor dan mencipta kecerdasan pada objek telah dibincangkan pada tahun 80an dan 90an lagi. Pada masa itu, kemajuannya agak perlahan kerana teknologi yang ada belum bersedia. Saiz chip komputer terlalu besar dan tidak ada cara objek berkomunikasi secara efektif. 

 

Pemroses yang murah dan berkuasa diperlukan untuk menjadi IoT sebagai kos efektif. Dengan adanya teknologi RFID, harga chips komputer yang murah dan meningkatnya sambungan ke internet, IoT menjadi semakin berkesan. Teknologi IPv6 pula boleh menyediakan cukup alamat IP untuk semua peralatan di seluruh dunia. 

 

Memasukan tag RFID kepada peralatan yang mahal untuk mengesan lokasi di mana peralatan adalah aplikasi IoT yang pertama. Kos memasang sensor dan sambungan internet kepada objek berterusan menjadi semakin murah, serendah beberapa sen sahaja. Ini menjadikan idea memasang sensor  pada semua objek boleh dilaksanakan. 

 

Berapa besar Skala Internet of Things

Sangat besar dan semakin membesar. Sebagai perbandingan, ia telah menghubungkan alat atau perkakasan melebihi jumlah manusia di dunia ini. 

 

Ada yang meramalkan pada tahun 2025 sebanyak 41.6 billion peralatan dan perkakasan IoT akan dicapai. Sektor industri dan otomotif akan menjadi pengguna terbesar.  Manakala sektor smart home dan wearable devices akan berkembang pesat dalam masa terdekat ini. 

 

Pentingannya IoT Kepada Bisnes

Antara keutamaan yang mahu dicapai melalui IoT ialah kepantasan dan keberkesanan. Ideanya ialah syarikat perniagaan sepatutnya memiliki akses kepada lebih banyak data berhubung produk mereka dan sistem dalaman dan hasilnya boleh membuat perubahan yang perlu. 

 

Contoh, dalam industri pengilangan. Sensor boleh dipasang kepada komponen produk mereka. Tujuannya, ia boleh memberi data bagaimana komponen itu berfungsi. Ini akan membantu syarikat mengesan bila komponen gagal berfungsi dan menggantikannya sebelum berlaku kerosakan. 

 

Syarikat juga boleh menggunakan data yang dikumpul oleh sensor untuk menjadikan sistem dan rangkaian bekalan lebih berkesan. Syarikat mempunyai maklumat yang lebih tepat tentang apa yang sedang berlaku. 

 

Penggunaan IoT boleh dibahagikan kepada dua (2) segmen. Pertama, seperti dalam industri khas yang menggunakan sensor seperti dalam kilang atau mengesan objek di lokasi pada waktu sebenar dalam industri perubatan. Kedua dalam semua industri seperti penyaman udara atau sistem keselamatan. 

 

Dalam industri khas produk yang dikeluarkan mencapai 4.4 billion units, manakala dalam dalam industri hiliran terdapat 3.2 billion units dilengkapkan dengan IoT. Pada tahun lepas, pengguna membeli peranti lebih kurang $725 billion manakala syarikat perniagaan berbelanja sebanyak $964 billion keatas peranti IoT. 

 

Industri utama menggunakan IoT adalah pengilangan ($119 billion), pengangkutan ($71 billion) dan utilities ($61 billion). Bagi pengilang, IoT digunakan terutamanya dalam pengurusan aset manakala dalam industri pengangkutan pula melibatkan pemantauan pergerakan muatan. 

 

Pengguna iOT berbelanja dijangka mencecah sehingga $108 billion dalam segmen rumah pintar ($44.1 billion), pemantauan pergerakan muatan ($41.7 billion). Ini melibatkan pelabuhan yang sangat besar. 

 

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp