Semanjak kebelakangan ini kebanyakan syarikat IT, rangkaian telah berpindah kepada pengkomputeran awan (cloud computing). Bila ini berlaku, ramai yang bertanya terutama dari jenari muda, adakah berbaloi memiliki pensijilan profesional atau pentauliahan CCNA?
Teknologi telah berkembang dengan pesat dan pada masa ini kita selalu mendengar tentang IoT, big data, analytics, blockchain dan banyak lagi. Dalam kesemua teknologi ini, data adalah aspek yang sangat penting. Yang lebih penting lagi, bagaimana pergerakan data tersebut.
Rangkaian (networking) masih lagi menjadi tulang belakang kepada teknologi awan (cloud technologies). Bukan semua industri sudah menggunakan teknologi pengkomputeran awan, tapi semua industri perlu kepada rangkaian yang stabil untuk terus berkembang.
Rangkaian (networking) adalah bidang yang tidak terkesan oleh faktor ekonomi. Untuk melangkah jauh dalam kerjaya dalam IT, pentauliahan CCNA adalah pilihan yang tepat.
Sehingga hari ini, CCNA telah menjadi antara sijil pentauliahan yang paling di tinggi dalam kategori IT. Semenjak diperkenalkan pada tahun 1998, CCNA telah berkembang dengan silibus yang sentiasa dikemaskini mengikut perkembangan teknologi.
CCNA fokus membina asas untuk pekerja profesional IT memulakan kerjaya dalam teknologi rangkaian IT (networking).
Silibus CCNA 200-301 telah dikemaskini secara besar-besaran. Untuk memastikan CCNA terus relevan, subjek baru ditambah termasuk rangkaian tanpa wayar (wireless networking), security dan network automation dalam kurikulum.
Silibus CCNA baru ini menyediakan profesional IT menjadi lebih baik bagi melaksanakan tugasan dalam skop kerja IT yang semakin berkembang maju. Lihat silibus CCNA 200-301 disini.
Memiliki sijil CCNA akan menjadi bukti kepada bakal majikan semasa menghadiri temuduga yang anda memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi rangkaian. Ini membuka peluang lebih kepada anda berbanding dengan calon yang tidak memiliki sijil CCNA untuk diterima oleh majikan.
Sijil CCNA anda sah selama 3 tahun dari tarikh yang anda mendapat sijil. Anda boleh membaharui sijil anda dengan menduduki peperiksaan sekali lagi atau menduduki peperiksaan CCNP.
Sebagai kesimpulan, kita boleh merumuskan, memiliki sijil CCNA sangat berbaloi. Dengan kenaikan permintaan kepada pekerja IT dalam rangkaian, peluang untuk anda mendapat kerja dalam bidang ini sangat besar.
Maklumat Peperiksaan
Kod Exam: 200-301 CCNA
Associate Certification: CCNA
Tempoh: 120 minit
Exam Description
Cisco Certified Network Associate v2.0 (CCNA 200-301) is a 120-minute exam associated with the CCNA certification. This exam tests a candidate’s knowledge and skills related to network fundamentals, network access, IP connectivity, IP services, security fundamentals, and automation and programmability. The course, Implementing and Administering Cisco Solutions (CCNA), helps candidates prepare for this exam.