8 Kelebihan Cloud Computing untuk Bisnes

Cloud computing adalah  di mana data disimpan, diuruskan dan diproses di dalam server yang dihoskan dari jauh dan dicapai melalui internet. 

 

Ia menjadi sangat popular dalam perniagaan kerana boleh menjimatkan kos, keselamatan yang tinggi, kapasiti yang sangat besar dan dihoskan serta diuruskan oleh pembekal perkhidmatan. 

 

Berikut adalah kelebihan cloud hosting kepada perniagaan. 

 

Cloud hosting menjimatkan wang

Tujuan perniagaan menerima pakai teknologi ialah memberi pulangan kepada pelaburan yang mereka buat. 

 

Apa yang menarik tentang cloud computing ialah anda tidak perlukan sebarang perkakasan kerana semuanya dihoskan di server pembekal perkhidmatan. Ini bermakna, anda boleh melakukan banyak penjimatan kepada belian perkakasan, tambahan pula, tidak ada kos menguruskan data center. 

 

Anda tidak perlu membina atau membayar sewa untuk menempatkan server, tenaga elektrik, keselamatan, insuran dan penyaman udara dan kos penyelenggaran. 

 

Sumber berskala dan berbelanja mengikut keperluan

Jika anda memiliki pusat data sendiri, dan perlu meningkatkan sumber, ada perlu membeli, memasang dan membuat konfigurasi server baru. Jika anda memerlukan kapasiti untuk dalam jangka pendek, ia akan menghasilkan dua (2) masalah. 

 

Pertama, anda mungkin membeli sesuatu yang berlebihan untuk tempoh jangka panjang. Kedua, jika permintaan secara tiba-tiba meningkat, server anda mungkin tidak bersedia untuk memenuhi keperluan. 

 

Dengan cloud computing, anda boleh membuat jadual berkala. Jika anda memerlukan sumber yang tidak dijangka akibat kenaikan trafik yang tidak diduga ke laman web, anda boleh meningkatkan kapasiti dengan segara. 

 

Jika berlaku penurunan selepas beberapa hari, anda boleh menurunkan kapasitasnya dengan segera. 

 

Oleh kerana kos dikenakan kepada anda mengikut penggunaan, anda cuma perlu membayar apa yang digunakan sahaja. Tidak ada keperluan untuk anda menaik taraf secara tetap atau menyewa server baru. Dengan cara ini, anda boleh  bertindak pantas dengan kawalan kos yang efektif. 

 

Memberi kelebihan bersaing

Masa untuk melaksanakan cloud computing secara umumnya, tidak diperlukan.  Melaksanakan sebarang perisian boleh dilakukan segara. Ini akan memberi kelebihan berbanding dengan pesaing yang masih belum menggunakan teknologi cloud. 

 

Bagi syarikat yang kecil, mereka memiliki modal yang kecil. Ini selalunya memberi kekurangan berbanding syarikat besar dalam membangunkan infrastruktur perniagaan. 

 

Cloud computing memberi peluang yang sama rata, kerana mereka tidak lagi perlu mengeluarkan modal yang besar untuk membangun dan menguruskan pusat data mereka. 

 

Banyak dan mudah didapati

Dalam perniagaan sangat bergantung kepada perisian yang boleh berjalan secara lancar untuk menyokong operasi syarikat. Sebarang gangguan, akan menyebabkan kerugian besar. 

 

Kegagalan server boleh menjadikan syarikat tidak boleh beroperasi. Untuk memulihkan keadaan biasanya sangat mencabar dan kadang-kadang akan mengambil masa yang lama. Kerugian boleh menjadi sangat besar. 

 

Dengan cloud hosting, kemunungkinan seperti ini tidak berlaku. Ia dicipta untuk menyediakan perkhidmatan yang boleh dijangka serta prestasi yang konsisten. Ini boleh dilaksanakan kerana pelanggan akan di host di virtual machines. Jika sebarang yang tidak diinginkan berlaku, ianya boleh dipindahkan dengan kadar segara. 

 

Cloud direka cipta untuk melindungi sepenuhnya dari kegagalan hard disk hinggalah kepada kegagalan server. 

 

Prestatsi yang sangat pantas

Untuk kekal kompetitif, pembekal perkhidmatan cloud perlu sentiasa mengemaskini teknologi mereka bagi memenuhi keperluan pelanggan. Hasilnya cloud computing menawarkan server yang berprestati tinggi dengan teknologo terkini sperti CPU dan SSD drives yang sangat pantas. 

 

Teknik load balancing diguna pakai mengikut permintaan pelanggan untuk meningkatkan kepantasan dan kapasiti penggunaan. Dengan cara ini, semasa server sedang sibuk, beban akan dibahagikan, oleh itu tidak berlaku satu server yang mengalami lebihan bebanan. Ini secara automatik boleh memastikan prestatsi sentiasa dioptimumkan. 

 

Boleh menjalankan apps dengan lebih pantas

Sebelum adanya cloud computing, ia mengambil masa yang panjang untuk membolehkan aplikasi berjalan lancar. Bagaimanapun, aplikasi cloud based, boleh memendekan masa untuk melaksanakan dengan jayanya. Kebanyakan aplikasi cloud based boleh digunakan selepas pendaftaran. 

 

Ini akan memberi kelebihan pada perniagaan. Salah satunya ialah, perniagaan yang berpindah kepada cloud boleh mendapat manfaat dari aplikasi AI dan machine learning dalam masa beberapa jam sahaja selepas pendaftaran. 

 

Tingkatkan keselamatan 

Dengan cloud hosting, perniagaan anda boleh dilindungi dari digodam, serangan virus dan kecurian data. Pembekal perkhidmatan diperlukan untuk patuh kepada peraturan keselamatan yang ketat bagi memastikan keselamatan data pelanggan mereka.

 

Ini termasuk menggunakan teknologi firewall bagi menghalang pencerobohan ke dalam sistem dan mencegah virus. Ia boleh mengesan dan memusnahkan ancaman sebelum mereka sampai kepada server. 

 

Bekerja lebih fleksibel

Cloud computing menyediakan persekitaran bekerja yang lebih fleksibel. Oleh kerana ianya berasas kepada internet, kaki-tangan boleh bekerja sama di dalam atau luar pejabat. 

 

Banyak syarikat sudah membenarkan pekerja mereka bekerja di luar pejabat atau dari rumah. Ini menjimatkan kos ruang sewa pejabat oleh syarikat. Staf boleh mengakses sistem syarikat dengan menggunakan peranti berasaskan web seperti telefon pintar, laptop, dan PC.

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on email
Share on whatsapp
× WhatsApp Us