Istilah “Big Data” menerangkan data yang dikumpul, disimpan dan di analisa oleh organisasi untuk digunakan bagi tujuan tertentu.
Sebenarnya, konsep big data telah ujud semenjak beberapa dekad dahulu. Sebelum istilah big data diguna pakai, bisnes atau organisasi menggunakan spredsheets, borang soal selidik, geraf dan lain-lain lagi untuk melihat dan mengkaji tingkah laku dan trend pelanggan.
Pada hari ini, kita sudah ada teknologi dan alat yang sesuai untuk mendapatkan faedah dari big data.
Dengan pengurusan maklumat dan sistem menganalisa, syarikat boleh menstrukturkan data dan menjalankan perniagaan dengan berpandanduka analisa dari big data.
Sejarah Big Data
Istilah Big Data masih agak baru buat ramai orang walaupun secara amnya, kita telah mula menggunakan set data semenjak tahun 60an dan 70an. Syarikat mula menggunakan spreadsheet dan menganalisa data untuk dijadikan panduan dalam membuat keputusan dalam merancang masa depan perniagaan.
Semenjak adanya media sosial yang popular di kalangan penduduk dunia, kita mula menyedari berapa banyaknya data dijana setiap hari di atas talian. Dikatakan, dalam tahun 2020, kita mencipta sehingga 2.5 quintillion data bytes sehari.
Maklumat yang ada di atas talian hari ini mempunyai potensi besar untuk kita gunakan bagi memahami tentang pasaran dan pelanggan. Pada masa dahulu, syarikat atau organisasi memerlukan masa memproses yang sangat panjang dengan kos yang tinggi untuk menyusun maklumat secara manual.
Hari ini, machine learning dan data analytics boleh membantu syarikat atau organisasi memahami data bagi membuat keputusan berkaitan perniagaan dalam sekelip mata.
Untuk memahami pentingnya big data, mari kita lihat bagaimana syarikat hari ini menggunakannya untuk menjalankan perniagaan.
Menjawab soalan penting berkaitan pelanggan
Jawapan kepada semua soalan berkaitan pelanggan sebenarnya ada didalam set data. Menggunakan big data dan analytics, syarikat boleh memahami antaranya:
- Apa yang pelanggan mahu
- Siapa pelanggan mereka
- Mengapa pelanggan memilih produk atau perkhidmatan yang lain
- Dan banyak lagi
Setiap hari, syarikat atau organisasi mengumpulkan maklumat berkaitan jualan dan pemasaran. Setelah kita memahami pelanggan dari maklumat yang dikumpulkan, kita boleh menyelaras dan mengoptimalkan kempen bisnes syarikat.
Contohnya, kita menggunakan big data untuk memahami tingkah laku hari membeli di dalam tempoh satu 1 bulan. Dari data yang dikumpulkan dan dianalisa, kita boleh menghubungi pelanggan untuk membuat jualan.
Membuat keputusan dengan yakin
Semua syarikat perlu membuat keputusan yang kompleks dalam proses membesarkan perniagaan.
Big data boleh membantu anda membuat keputusan dengan yakin berdasarkan analisa mendalam berkenaan dengan maklumat yang kita tahu tentang pasaran, industri dan pelanggan.
Salah satu faedah yang paling besar big data adalah ketepatan maklumat. Analisa big data memberi anda maklumat lengkap tentang semua perkara tentang apa yang anda buat dalam membangunkan perniagaan.
Ini bermakna, anda tidak perlu lagi meneka-neka untuk merancang atau melaksanakan strategi perniagaan contohnya melancarkan produk baru. Anda cuma perlu melihat maklumat yang ada dan fokuskan keputusan untuk mendapat pulangan yang paling tinggi.
Dengan bantuan machine learning dan AI (Artificial Intelligence), big data anda boleh menjadi penggerak untuk membantu AI memberi cadangan perubahan kepada syarikat.
Memahami dan mengoptimalkan proses perniagaan
Ilmu pengetahuan adalah kuasa. Ini adalah konsep menganalisis big data.
Teknologi big data seperti cloud computing dan machine learning, membantu anda untuk terus berada di hadapan melalui cara mengenal pasti kelemahan dan memperbaiki prestasi syarikat.
Contoh, analisa big data memberitahu strategi pemasaran emel anda berkesan tetapi profil sosial media tidak sampai atau mengena sasaran orang yang betul. Jika digunakan dalaman syarikat, anda boleh kenal pasti bahagian yang mana memberi impak yang betul dan yang mana pula menyebabkan kerugian pada syarikat.
Menggunakan maklumat yang sedia ada untuk membuat keputusan, memastikan anda boleh membelanjakan bajet kepada perkara untuk mengembangkan perniagaan dan kurangkan kepada yang sebaliknya.
Contoh, analisis big data menunjukan salah satu produk didapati mempunyai minat yang tinggi dari bakal pelanggan. Syarikat boleh membuat keputusan untuk menyimpan lebih banyak stok produk yang sudah dikenal pasti berbanding dengan produk yang lain.
Peluang pekerjaan masa hadapan
Dunia bergerak pantas ke arah menggunakan dan mengoptimalkan big data sama ada dalam syarikat, organisasi ataupun jabatan kerajaan.
Secara umum, generasi muda lebih mudah menerima dan menggunakan teknologi. Anda diperlukan untuk menggunakan data dan teknologi untuk membuat keputusan segera.
Dengan mengumpul dan menganalisis data secara berterusan, anda boleh membina budaya pantas untuk syarikat berkembang selaras dengan trend semasa.