PENJANAKERJAYA 3.0
Membina Kemahiran Digital Marketing, Bantuan Latihan (RM4,000.00 – RM7,000.00)
Selamatkan Perniagaan Dengan PENJANAKERJA 3.0
Semenjak Pendamic Covid-19 bermula pada awal tahun 2020, banyak perniagaan terpaksa ditutup. PKP dan kesannya kepada ekonomi menyebabkan peniagaan tidak boleh bertahan.
Makanisma program PenjanaKerjaya 3.0 dibawah PEMULIH, boleh membantu anda terus kekal bahkan berkembang. Caranya ialah dengan mengambil pekerja mahir untuk membantu bisnes anda.
Mudah dan jimat. Anda hanya perlu membayar RM200.00 sahaja dari jumlah gaji RM1,200,00/bulan bagi seorang pekerja. Insentif RM1,000.00 akan dibayar oleh PERKESO bila anda melantik pekerja dalam kategori Perantisan.
Mereka boleh dilatih menjadi perkerja mahir melalui skim Bantuan Latihan yang diberi secara PERCUMA
Tidak perlu tunggu PKP berakhir, perniagaan anda mungkin berakhir jika anda tidak bertindak sekarang.
Ambil & Latih Pekerja Digital Marketing
Semenjak PKP dilaksanakan, pengguna mula berpindah dari offline kepada online dengan ketara. Aktiviti pemasaran dan jualan secara digital juga meningkat secara mendadak.
Syarikat yang melaksanakan pemasaran secara digital telah berkembang dengan kadar yang luar biasa. Manakala syarikat yang masih mengamalkan kaedah tradisi ternyata gagal dan terpaksa gulung tikar.
Untuk terus bertahan dan berkembang, anda perlukan pekerja mahir dalam Digital Marketing. Ini adalah kunci supaya syarikat anda boleh membuat pemasaran secara berkesan dan terus membuat jualan.
Ambil pekerja dan latih mereka hari ini. Insentif gaji oleh kerajaan akan membantu aliran tunai anda dan skim latihan PERCUMA membantu anda mendapatkan pekerja mahir.
Kami adalah penyedia latihan dibawah Skim PenjanaKerjaya 3.0 dan sedia melatih pekerja anda menguasai bidang digital marketing. Hubungi kami sekarang.
6 Langkah Mohon PenjanaKerjaya 3.0
A. Penjana Kerjaya 3. 0 – Klik disini
B. myFUTUREJOBS (Sebagai Majikan) – Klik disini
C. Perkeso ASSIST (Sebagai Majikan) – Klik disini
- SSM/ROC/No ROS yang sudah disahkan oleh Bank
- No Majikan Perkeso ASSIST
- Maklumat pekerja (Nama dan No Kad Pengenalan)
- Surat Tawaran Kerja untuk setiap pekerja
- Maklumat akaun bank majikan (salinan mukasurat depan Penyata Bank yang menunjukan nama majikan, no akaun bank dan nama bank)
- Borang Pengesahan Pekerja yang sudah ditanda tangan oleh pekerja
- Sijil/Perakuan oleh majikan jika pekerja termasuk dari golongan vulnerable
- Login dan post jawatan kosong dalam portal MyFuturejob sebagai majikan – Klik disini
- Minta pekerja anda mendaftar sebagai pencari kerja dan mohon kerja yang syarikat anda post. Manual terperinci untuk MyFutureJob boleh didapati – disini
Sila lawat laman web Penjana Kerjaya 3.0 dan hantar borang dan dokumen berkaitan.
Sila kilik – disini
Pilih Penjana Kerjaya 3.0
Panduan proses permohonan ada – disini
Tunggu proses permohonan dibuat
Selepas permohonan diluluskan, bayaran gaji insentif akan dimasukkan ke akaun syarikat anda selagi anda menyumbang setiap bulan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan permohonan, sila hubungi Perkeso untuk mendapat maklumat lanjut.
PERKESO: 03-8091 5300 / 1-300-22-800 atau email
penjanakerjaya@perkeso.gov.my
Ikut langkah berikut untuk membuat permohonan
Langkah 1: Lawat dan daftar atau login – disini
Nota: Jika anda belum mendaftarkan pekerja, sila daftarkan pekerja anda dahulu melalui PERKESO ASSIST – disini
Langkah 2: Klik HIRING INCENTIVES 3.0
Langkah 3: Dalam menu sebelah kiri
- Pergi ke ‘Training Program’
- Pilih ‘Application’
Bila sudah dibuka, klik ‘New Application’
Lengkap 4
Dalam ‘program box’ pilih ‘Professional Training dan klik Search
Langkah 5
- Dalam ‘Search’ type Digital Marketing’ dan akan muncul senarai kursus
- Klik ‘Online’ untuk mendaftar Instructor-Led Training melalui webinar
Langkah 6
Skrol dan pilih pekerja baru yang mahu dihantar menyertai latihan ini
Jika anda belum mendaftarkan pekerja anda, terlebih dahulu, sila daftarkan pekerja baru melalui PERKESO ASSITS – disini
Anda akan diberi tahu samaada permohonan anda berjaya atau ditolak.
Mindasys akan menghubungi anda bagi menjadualkan latihan untuk pekerja anda.
Kami sedia memberi anda panduan. Sila hubungi kami di 03-2116 5778 atau isikan borang di bawah, kami akan hubungi anda segera